sesiapa yg berminat untuk beriklan atau membeli produk di blog ini boleh whatsapp ke 60173806280.

Thursday, 16 August 2007

ape yg kita lihat tidak seperti yang kita gambar kan!


Anak pemotong rumputMALAM 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti SainsMalaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswipdiumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaikpada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20).Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin kepentas penerima trofinya.Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton.


Turut menyaksikannya,jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba keranakejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi."Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi takdapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim.


Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival itu kePulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggotakeluarga masing-masing.Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian."Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas Syafieselamba."Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim."Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus danbersahaja dia menjawab."Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi."Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja sayatidak dapat ikut festival ni. Cikgu tak beri. Dia kata asyik shootingsaja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR."Tapi saya merayu.


Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal.Shooting pun dapat duit. Hari tu, saya berlakon empat drama, dapat duit.Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie."Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emakRM500 dan ayah RM500. Selebihnya saya simpan. Saya nak jadi jurukamerafilem.Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu kena pakai banyak duit. Nasiblahakhirnya cikgu izinkan saya ke festival."Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesungpipit di pipi kiri dan kanannya.Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke PulauPinang,


Syafie merupakan orang pertama sampai di Finas."Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi sayatunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak."Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makantengahari di Tapah, Perak, Syafie tidak turut serta."Dia tertinggal duit," bisik sumber.Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatansewaktu orang sibuk menjamu selera di kawasan Rawat dan Rehat Tapah itu.Entah di mana dia menyembunyikan diri."Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat Kak Timtanyakan kenapa tak beritahu masalahnya."Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Rosminah Sidek) bagi. Masasampai di lobby hotel, tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50." Sekali lagikanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya.Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur .


ketika bas singgah diHentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli sebiji limau bali."Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak.Buah tangan," katanya tersenyum.Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulangtrofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannyasebanyak RM10,000.Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cubamencari pengalaman sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem bagimerubah kehidupan keluarganya!...


p/s- jgn lupa ibu bapa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...