sesiapa yg berminat untuk beriklan atau membeli produk di blog ini boleh whatsapp ke 60173806280.

Thursday, 14 February 2013

Ketiak mamak hangit tapi air tangan dia kita suka

Kenapa orang suka lepak kedai mamak?..akak pun suka...

Kalau nak ikutkan..bukan sedap sangat makanan kat mamak ni... yg ada roti canai..tosei... paling faveret teh tarik or nescafe tarik... tapi kalau tengok kadang tu terpaksa tunggu turn nak duduk sebab penuh...

Akak rasa lepak mamak ni sampai lewat2 malam hanya ada kat malaysia je . Negara lain mana ada.. semua kul 10 tutup.

Kalau lepak mamak ni bukan orang muda je.. budak..mak orang..laki orang.. asal nak lepak je kita trus ke mamak. Kat sini gak jadi port orang tengok bola. Sebab ramai2 leh sorak2... mungkin sebab kat mamak ni ada astro..

Bak kata jessica maembong..." mamak ni kebanyakkannya 24 jam..so leh lepak suka hati sampai kul bapa pun.. sapa xde umah mmg sesuai duduk trus dekat mamak ni"

Bak kata kak bed. "Pelbagai makanan..mudah..walaupun pekerjanya ketiak hangit"

Betul kata kak bed. Ketiak mamak ni..ya tuhan bau dia leh pitam. Tapi tetap kita duk mengidam air tangan mamak tu. Garu garu ketiak skit lepas tu tebar roti canai. Kita pun makan dengan lazatnya.. yummy..

Mungkin sebab kedai mamak ni open air.. santai n makanan dia simple n just nice.

Tapi kadang bukan sebab makanan dia kita suka. Tapi sebab suasana dia yg santai kot. Leh cuci mata katanya...

Bila akak lepak mamak mesti mak akak akan cakap " ape lah sedap sangat kat mamak tu... ko dah krna mandrem dgn mamak tu agaknya".. ada betul kot.. jangan gila2 mamak ni ada pelaris tau.. banyak dah akak dengar.

Tapi ape pun rakyat malaysia ni mmg suka makan kat mamak.. entah kenapa.. masing2 ada pendapat sendiri.

And jangan gila2 ramai kawan akak bertemu jodoh kat kedai mamak ni. Lebih lebih lagi kedai mamak kat port dickson. Kan kak bed kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...