sesiapa yg berminat untuk beriklan atau membeli produk di blog ini boleh whatsapp ke 60173806280.

Thursday 31 January 2008

20 PERKARA YANG MEMBUATKAN AKAK MEMBENCI LELAKI

Close Your rating was added successfully.

Close Sorry, an error occurred while adding your rating.

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Tu yang akak rase macam nak terajang muka diorang pakai high hill gucci akak tu...

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan or pondan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang! awas akak congkel mate nanti

4. MENGONGKONG
Akak paling pantang yang ini..Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu? selalunya lelaki yang mengongkong ni yang suka menggatal kat belakang....

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. kalau x...ceraikan akak!

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila jantan2 ni suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… awas tu cik abang ooi

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok. tp kalau akak, akak x kisah pun sebab akak leh pow rokok mereka sampai abis.hahahahah suke suke

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! so jangan berangan ok..akak x suka...


so akak dah buat kajian ni..so korang rase laki korang ade x sikap2 ni ....kalau ade was uolss..bahaya ni


Kisah Semalam!

Smlm I went for a date with one Netlog guy.. Bosan balik kerja tak tau nak pi mana, since dah de org ajak keluar ok go lah.. So went out for Cha Kuew Tiow kat kampung baru...
Biler nak balik, he pop this dialogue..

NL guy: U know something??

Akak: What??
NL guy: U actuali look gorgeous tau but if u tone down a little, lot of guys would be flocking over you. i love ur body mase u pakai kebaya ari tu..u look like real gurl..katanya

(As usual, I juz gave a "huh" look, dlm hati WTF!!!)

Wats with you guys anywei... I tau la aku GEMOK sikit jer tapi ada rupa, so wats the biggie deal?? Once, twice, I dun mind... Almost every time I meet up with chatters (male ones lah, takkan the gurls nak kasi the comments plak kan??) same ole thingy. Dah mcm pick up line sia~

Kekadang aku terfikir jugak, kurus salah, gemok pun salah... dulu, masih aku slim melim, duda lama aku suruh gemok kan badan skit, dapat laki orang putih konon dia rimas ppl kip looking at me (jeles lah tuh) sebab dia kata badan i sedap2, Now, bile badan dah macam TONG beras( tp yang kecil ok) ada sesetengah members kasi aku semangat nak kuruskan badan.

My question is ... Is it fair only KURUS + ADA RUPA can be accepted in the community... wat abt GEMOK + ADA RUPA.. kelakar ke?? ..korang rase?

Cara nak kurus tanpa ubat-ubatan!

let uoll..meh kita diet sama-sama...mari....

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. PENGGUNAAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-

- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa
tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan Buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Saturday 26 January 2008

Canteknya Aku !

\Wahai semua penduduk kampung akak nak kabarkan berita ni!!! mari dengar.....

Zaman sekarang nie, susah betul nak mengenali wanita itu adalah tulen atau tidak. Zaman yang penuh dengan cetak rompak, hinggakan jantina manusia pun dah bagaikan cetak rompak. Kalau selisih tepi jalan nie, mau mata lelaki akan memandang tanpa berkelip dan jika kepala itu boleh dipusingkan 360 darjah, sudah pasti mereka (lelaki) akan memusingkan kepala mereka untuk melihat perempuan tak tulen nie.Mereka mmg cantek uolls...macam akak(walaupun)...mereka sanggup mengenepikan yang tulen kerana kadang2 yang cetak rompak ni sama kualitinya dengan yang tulen..dan kadang lebih baik...

ayo..canteknya...jelous akak...ape pun kitajoget dulu..lets uols

akak rase kalau ada anjing pengesan yang berupaya mengesan jantina seseorang itu tulen atau tidak, mesti akan kelihatan lebih banyak bapok yang kesakitan kaki kerana digigit oleh anjing ini. Ini kerana, menurut kajian bilangan maknyah di malaysia adalah berjumlah sekitar 10 000 orang. 70% hingga 80% adalah berketurunan Melayu dan selebihnya adalah berketurunan Cina, India serta lain-lain etnik minoriti. Banyak tu…jangan la Malaysia nie penuh dan maknyah sudah la. Jangan lepas nie, banyak orang khawin sesama jenis dah la. Jangan jadi macam kaum Nabi Lut. Takut akak…kalaua ramai sangat pompuan tiruan ni akak takut akak x laku lak...tp yang x cantek tu jagan nak berangan cantek lak yer..cam akak x cantek buat cara x cantek..nasib baik akak sedar diri...

Ok la, ini adalah ratu pondan Thailand 2007. Kalau korang selisih tepi jalan, korang pandang ker tak? dah macam perempuan betul kecuali 2nd runner up tu. Kepada kak bed, bila kita nak gi ke Thailand nie??? Hahahahahha….bukan setakat sedut lemak ko leh buat kak bed oi ..segala2 nya lah..lagi pun thailand pun antara negara kelahiran kak bed kan..yer lah thailand kan negara gajah putih..xpi kak bed jer gajah itam..sorry kak bed..akak gurau jer...

agak2 uols ade x cantek macam ni..kalau xde baik korang pakai serkup muka jer...kalau rase cantek meh sini akak tengok sikit lulus ker x lulus

Tuesday 8 January 2008

Pompuan perasan...!!

akak bukan ape lah ..td akak ade lawat2 blok orang lain pastu akak ternampak lah gambar pompuan ni sambut bithday..tempat grand ni bagai nak gila..tp muka n pakaian dia x maching ler..muka ade kureng skit..tp baju meletup...

macam ni lah... hey hair do?..makeup?..ko ni pi majlis ari jadi ker majlis tahlil ni...(sekadar gambar hiasan)


tu ler... kalau nak tau kenape pondan ni kalau bersiap bagai nak gila..sebab kami tau kami ade banyak kekurangan yang harus kami perhalusi supaya nampak menarik..nak kena tempek sana, nak kena touch up sini..lobang sana nak kena turap..nak kena kepit lah..so hasilnya ..tadaaaaa..meletup uollsss....


akak bersiap dr minggu lepas lagi..tengok mampan x?..jangan gila..aku lah yang paling cantek sekali...cam ni lah kalau nak cantek..usaha lebih dik non oi...

canteknya aku...akak suka simple..tadaaaaaa..hasilnya akak lah pondan natural yang paling comel sekali...walaupun


kalau perem puan lak..mereka dah tau mereka ada semua eset itew..dam mereka buat ala kadar jer..macam eksen2 cantek sangat aku ni kan...so tu hasilnya agak lahanat itew...tp nak buat cam ner kan...feeling kan...akak bukan ape...kekadang akak ngok perempuan mmg cam tu..tp x semua ok...

mane ade orang tengok tetek akak uoll..sebab akak mempunyai muka yang menarik ni uoll semua jantan suka kat akak..mane ade tetek akak besar..normal jer ni uoll...

ade kawan akak tu..bukit di dada dia agak lah everest skit...so dia ni asyik duk berangan yang kata ramai jantan suka dia lah ape lah..sebab otak dia separuh dah pi kat bukit dia tu..so kat kepala tinggal skit jer..jantan ramai nak berkenalan dengan dia sebab bukit dia tu ..jantan2 x sabar nak explore n tarah bukit bukau itew...then pastu uolls..berangan ni pi gay club then berangan lelaki2 dalam tu jatuh cinta dengan dia..bila akak cakap yang pandang dan senyum kat dia tu gay...dia x caya...hey bongok kalau ko masuk kelab gay tu..isi perut kelab tu pun gay ler hanjeng..same lah kalau ko pi reban ayam..dalam reban mesti lah ayam ...x kan ikan pulak..kalau cam tu reban ikan ler....sengal betul kawan akak ni...

saya gay...no pompuan n bapok allowed...pompuan sila ketepi..ade abang kat hujung tu senyum kat i..sebab tu i senyum balik...pompuan tetek besar tu tepi yer..muka ko buruk..sungguh ngeri..

tengok figure akak..meletupkan..mampan kan..sebab tu jantan dalam club ni suka akak...muka akak comel kan...aha comelnya aku..macam labu sayong...


sebenarnya jantan2 yang senyum, tengok dia tu sebenarnya tengah menghanjeng kan dia...tp berangan orang puji dia ni..mmmm ade aku kesah..mampus lah ko sane...kalau nak kena ngurat pi lah disko yang penuh ngan jantan buas yang haus dengan nafsu binatang itew..akak seram uolsss..takut...

ade pulak kawan akak satu ni duk berangan muka dia cantek lah, comel lah, jantan duk berebut lah, aku lah yang paling jelita di abad ini lah..wal hal muka macam periuk kenduri..hitam berjelaga...bagai mane itew..bila akak cuba baiki penampilan itew..dia cakap style dia mmg cam tu..dan sebab tu ramai lelaki suka dia...suka ati ko lah pompuan....ko tak tau jantan2 tu dok canang yang ko ni minah jelaga perasan..mmm ambik ko...

yei semua..sape cakap akak hitam....akak tant jer ok..mane ade hitam x baik tau...ade orang cakap muka akak macam cina..mmg pun..kan kan!


hey sayang..u rase i cantek dan langsing x? ramai cakap badan i macam badan erra fazira...malah ade yang cakap i lah lagi cute..betul kan...pas ni teman i pi kedai kain ..i nak beli kain 7 meter ..i nak buat seluar pendek..kurus kan i sayang.....muah...

so lain kali pompuan2 semua...kalau nak beli cermin tu..biar besar..so nampak rupa ko cam ner...pemakaian , make up and semua lah..so berpijaklah di bumi nyata..kalau cantek ker x ker itew xkisah sebenarnya...yang penting..konfident n sedar diri..harus ok....

Monday 7 January 2008

Entah ape2 thah!

. Name one person yang sentap ngan ko malam td?
Kak nita sebab akak x bagi ngok bill air akak..motif nak sentap?

2. What were you doing at 0800?
belum bangun..akak bangun kul 0915..

3. What were you doing 30 minutes ago?
check netlog akak ade 17 message... popularnya aku...

4. What happened to you in 2006?
macam2..gila ko nak tulis kat cni..setahun punya citer tu...

5. What was the last thing you said out loud?
tidakkkkkkkkkkkk! hp akak jatuh!

6. How many beverages did you have today?
belum minum lagi..nak belanja ker?

7. What color is your hairbrush?
red

8. What was the last thing you paid for?
sekotak rokok malboro light..


9. Where were you last night?
restoran berpusing kl tower

10. What color is your front door?
Brown

11. Where do you keep your change?
wallet..kembung wallet akak

12. What’s the weather like today?
erm... nampak cahaya matahari pepagi ni.. tak taula petang nanti

13. What’s the best ice-cream flavor?
Heagen duss...lupa lah

15. Do you want to cut your hair?
buat masa ni belum lagi..tp ade gak terpikir nak potong..tp asset uoll..
alau rambut akak sedikit penyapu

16. Are you over the age of 25?
ye saya... saya sudah libih 25 tawuunn...tp bila orang tanya akak cakap 23..ahaks

17. Do you talk a lot?
kekadang sampai orang menyampah..ade aku kesah!

18. Do you watch the O.C.?
not my type...CSI yer akak ngok

19. Do you know anyone named Steven?
yes lelaki cina yang tipu mak ari tu..jahanam ko steven

20. Do you make up your own words?
maaf akak bukan dictionary..x kuase

21. Are you a jealous person?
x kuase nak jelous..pegi mampus

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’
anita orkid, apis, ali banyak..x kuase nak list down

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Kamarul..banyak gak..ape soalan ni..fantat tau

24. Who’s the first person on your received call list?
Theadore Macholey ....laki akak... pagi2 buta dah menelepon..rimas akak

25. What does the last text message you received say?
baki credit anda kurang dr RM 2...dr digi daaaaa

26. Do you chew on your straw?
ko ingat aku pelahap sangat....

27. Do you have curly hair?
tidak...mmm yes..opsss tidak...yes...tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

28. Where’s the next place you’re going to?
lunch ..mencekik ler....

29. Who’s the rudest person in your life?
kalau akak cakap kat sini....ur life in will be danger!

30. What was the last thing you ate?
ya allah...x reti bahase ker..lom makan gila..rokok dah 2-3 batang ler...

31. Will you get married in the future?
entah lah..kalau akak dah letih memondan agaknya...jodoh ditangan tuhan..No komen plz...

32.What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
enchanted..bravo best gila...

33. Is there anyone you like right now?
laki aku ler ,.... lahanat

34. When was the last time you did the dishes?
ari2...akak suka masak kay...

35. Are you currently depressed?
no..yes..mmmm tidak!!!!

36. Did you cry today?
motif akak nak menangis?...

37. Why did you answer and post this?
ko suruh ..jahanam!!!

38. Nak Tembak Sapa erk??
hotmama
Meen zulayka
kak bed
Kak Reez
Spunky
Ain Munger

Sekian , Terima Kasih

Pakistan oh pakistan...!

petang semalam, sewaktu akak balik dr keje (kena ganti ok) akak singgah lah kedai mamak yang selalu akak lepak tu..so sebab malas nak naik kete akak pun cat walk lah..sebab kekadang ari ahad ni pemandangannya indah....

so lepas akak pesan milo ais kat situ bungkus..akak pun jalan lah kaki balik ke arah opis akak..sebab akak park kete akak kat ctu...waktu akak jalan tu akak melintas depan kedai pakistan carpet n perabot...tiba2 kaki akak keras uoll..akak ternampak cahaya yang memangil akak ke dalam kedai itew..pakistan itew hendsome bagai nak gila...inzal akak tiba2...macam mat salleh muka dia..oh..lupa trus akak ngan laki akak tu...cute comel tegap, tinggi n semua ada lah...kalau dia kata nak jd model petik jari jer leh dapat...tp masalahnya uoll dia jual carpet..bagaimana itew...

cahaya itew bersinar bagai berlian uollss..selalu benda ni terjadi kalau india nampak pondan jer..tiba2 akak ternampak pakistan itew macam nampak berlian pulak..adakah akak telah bertukar menjadi india lak?

uolls bayangkan lah pakistan itew lebih hensem dr lelaki ini..x menangis ko..kalau perempuan dah kawin tengok ni..sanggup mintak cerai ngan laki dia time tu jugak lah...akak yakin..


tiba2 dia pun pandang akak..trus senyum dan berkata : Hye sayang, mari sini tengok carpet, murah2..mari lah.....dia panggil akak sayang uollss...nangis kan..ala masalahnya pakistan mmg cam tu...di pun tunjuk lah carpet bagi lah ape lah..tp akak cuma tertarik dengan carpet kat dada dia jer..uuuuuu anyaman dia rapi halus dan menarik...ahaks...bila dia datang dekat..mmmm..seperti biase lah uolls bau dia harum macam nasi semalam..bucuk ok..tp akak tahan sebab kalau dia pakai minyak wangi jer pasti dia ok...

so kita borak2 lah ..akak pun pose lah kat kedai dia...dia tanya akak macam2..dah macam akak di interview oleh wartawan pakistan dah katanya...pasal diri akak, pasal rumah , pasal luar dan dalam semua lah...akak jawab dengan ikhlas dan kadang2 ade soalan itew akak jawab dengan No Komen jer...gitew kan..dah macam artis dah....ala berlatih2 lah kan..mane lah tau satu ari nanti leh jadi artis...

so adakah anda bapok..saya lelaki pakistan amat suka bapok!..


kebetulan sepanjang akak duk kat kedai dia xde orang datang pun...dah lame borak br akak berpeluang soal name dia..dia kata name dia shahif..mmm sedap name tu...tiba tiba uolls dia kata dia suka pondan macam akak..terkejut akak dan bulu kaki akak lantas gugur mendengar kata2 dia..dia kata dia ade makwe pondan kat pakistan uoll...and dia lantas kuarkan wallet n tunjuk gambar makwe dia kat pakistan...dia kata makwe dia kacukan india ngan pakistan..so akak tengok lah gambar makwe dia....oh tuhan..... Nangis u olll..tercampak akak uolllsss...


cam ni lah muka kisya makwe dia tu uoll..sumpah akak x tipu..ala2 muka dia cam ni lah...so korang pi amik gambar korang letak sebalah gambar korang sebalah gambar pondan ni..kalau mgambar korang masih cantek..so maaf ler anda x layak..hanya pondan n pompuan muka tua jer layak ok...

akak lepas tengok gambar tu akak trus capai songkok aji dan berdoa pada tuhan..mengapa akak tidak jd pondan itew..tp akak x nak lah rupa tua pakcik2 cam makwe dia tu...


muka makwe dia yang pondan itew seperti india tua kedai gunting rambut di dragkan..ayo yo...mengapa..why why..mengapa..mengapa...trus akak terpikir kenape muka meletus sebegini rupa makwe dia macam lahanat ni..orang pakistan pun pandai mandrem ker..yang penting name makwe dia mak ingat ok..Kisya katanya..kisya nya aku....kisar iya..kalau kisya xtau lah akak...dia kata dia sayang makwe dia lah ape lah..sebab sentap dengan kata2 n rupa makwe dia yang ala pakcik2 itew akak pun mengambil keputusan untuk pulang ...kerana akak nak bersiap..yer lah laki akak ajak akak makan kat restoran berpusing kl tower....karang kalau akak lambat..menyalak lak laki akak tu...lepas itew aka tengok dia trus save no akak dalam hp dia..mmmm canggih hp dia...


canggihnya hphone dia...mmm..kalau hp akak hp zaman nabi..rasenya hp dia zaman paliolitik kot..awal skit dr zaman nabi...


sebelum balik akak sempat lempar name card akak supa dia dapat mengecall akak..mmm belive or not esok malam dia nak belanja akak makan..tp uolss..kat kedai mamak..jadilah dr tak de..kira date kat kedai mamak ler tu..ahaks...

Sunday 6 January 2008

Heppy new year 2008

akak tahun ni sambut new year ngan laki akak kak johor baru...dia turun kl christmas lepas. cadangan mula nya akak nak sambut christmas ngan new year kat australia tp sebab pasport akak mati x jadi..so kat jb jer..saje tukar angin..

ok gak sambutan new year kat hotel tu..akak sambut kat hotel jer..sofitel palm and golf resort senai johor..kelas hotel dia..akak duk kat suite room...laki akak yang bayar so ade akak kesah harga dia kan...party kat hotel tu mmg best..siap buat pentas kat atas pool lagi..pastu makanan malam tu free lak tu.. akak membedal 2 ekor lobster katanya..yer lah selalunya kan mahal..tp dah free..akak bedal jer lah...ade live band..bunga api..akak party sampai kul 3..tp laki akak x larat..maklum lah dah tuakan...dia view akak dr bilik jer..takut akak menggatal ngan jantan lain...tp akak menggatal gak..hihihih...dia x tau..ramai gak mat saleh muda2...kelas u olllsss


ni barang2 yang hotel tu sediakan..best akak suka


ni living room dia cantekkan...

bilik dia..besar gak suite ni...view dia mmg cantek...


sebelum party akak pempat pose manja depan cermin..kira cantek lah tu ...walaupun...

simple jer akak malam tu..malas nak over2 akak pun buakannya cantek pun...


ni laki akak...dah tua dah uollss.. ade akak kisah..life begin at 40 katanya...ahaks


kerana jakun akak sempat snap lepas turun flight. waktu ni dah sampai lcct dah...ala uoll..dr jb pi lcct 45 min jer..sedih...

Selamat Tahun Baru 2008!

Beberapa detik sebelum Hari Raya Haji!

asmekum semua....lame akak x tulis blog ni..so ari ni akak ade mase..yer lah busy woamn katanya..walaupun...
ni akak nak citer satu peristiwa yang berlaku menjelang Aidiladha yang lalu..peristiwa ni akak mmg ingat giler2 lah dalam kepala otak akak..

citernya begini....

pada suatu malam menjelang aidiladha yg lalu akak ngah pose2 manje lah kat umah sewa akak kat puchong tu..tetiba mak akak call suruh anta rendang ngan ketupat kat umah kakak akak..dekat jer..tp kena naik kete gak ler..so dengan pose cantik manje2 akak pun start kete trus pi anta lauk pauk tu...waktu nak kuar tu mak akak pesan ngan akak suruh beli santan untuk nak masak lagi agaknya..so akak pun kata ok jer lah...


bagi yang bangang sangat ini adalah kelapa okey...isinya di parut dan diperah untuk dapatkan santan

lepas anta lauk2 tu akak pun singgah lah kat kedai jual santan tu..amboi ramainya orang..semua nak beli santan..maklum lah nak raya katanya...so akak carik2 parking xde plak..so akak parking jer lah tepi jalan..cam biase lah kan...sedang akak catwalk ke kedai itew sempai jugak akak scanning kalau ade2 anak ikan or abang2 ikan yang akak boleh korbankan malam ni...mmm ramai..tapi semua ikan jenis longkang punya..x nak lah...ade dua tiga pun ketogori rempit..yaksss...
pose akak mase tu dah macam pose model2 dah ..mmg comel lah akak mase tu


so sebab ramai akak kena lah ikut turn kan..macam amik nombor gitew kan..so akak pun pose model lah dalam kedai tu..semua dalam kedai tu pun memandang akak...biase lah kalau pondan masuk kedai mesti jd tarikan kan..so akak buat bodoh jer lah...tiba tiba ade seorang perempuan lingkunagn umur awal 40an lah memandang akak dalam kedaan terkejut ..lalu dia terus kuar dr kedai sambil tercari2 sesuatu kat luar kedai..akak buat bodoh jer lah kan..sebab xde kaitan dengan idup akak..tiba tiba dengan kuat dia memanggil seorang perempuan umur dalam 16-18 tahun cam tu lah..anak dia agaknya...bila perempuann tu datang jer dengan lantang dan konfidennya dia berkata sambil menunjuk ke arah akak dengan kata2 ini...CEPAT2 ..TENGOK TU PONDAN!!!! kuat lak tu..sampai satu kedai memandang akak dengan senyuman sinis...


cepat tengok tu..PONDAN... pondan nya dia


akak rase nk tumbuk jer muka dia..geramnyaaaaaaaaaaaa

menyinga akak mase tu..kalau u all tengok mmg akak dah macam singa dah..skit jer lagi jadi singa betul2


dengan tiba tiba darah akak naik ke kepala dalam masa kurang dr satu saat..menyirapnya akak..lantas tindakan akak secara riflek akak capai sebiji kelapa yang belum di belah lalu akak baling ke arah perempuan itew dan kena lak bahagian kaki dia..dia terus tergamam dengan tindakan akak itew..lantas akak memberi ucapan...hey pukimak..akau ade usik k***n**t ko sampai ko nak berbunyi cam tu..ko ni binatang ker ape...dan akak terus mencaci maki macam2 kat dia..cacian akak tu kalau akak tulis kat sini mesti korang cakap akak akan masuk neraka lah...dia tergaman dan diam jer..pastu orang keliling pun turut membantu akak dalam cacian tersebut...akak x sangka akak leh baling dia ngan kelapa tu sampai kelapa tu pecah..maknanya kuat okey..puas ati akak...betina sial tu terus ilang pas tu..kemana hilang tak tau..malu kot..mampus ngan ko...

akak lempar kelapa itew kena kaki dia..kalau kena kepala akak lagi syukur...nasib baik akak ade talent baling membaling ni..lets baling

so sebab akak dah pecahkan kelapa tu akak kena ganti lah kan..tp orang kedai tu kata xyah...sebab perempuann tu mmg layak dapat kelapa tu...

moral disini kepada semua..hati2 kalau nak bercakap sesuatu pada pondan..kami x kisah ape orang nak cakap ...tp kalau di luar batasan..tunggu dan lihat jer lah penangannya...awas...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...