Thursday, 14 February 2008
Saturday, 9 February 2008
Layanan kepada jantan!
pertandingan bercerita
ade yang pose layan jantan dalam bilik lame nak mampus ..ala2 pertandingan bercerita gitu..bercetia kisah silam lah ape lah ..berborak lah sakan..berjanji2 lah ...ala2 pertandingan bercerita lah katanya..pastu main nya 2 minit..kelas x..gitew kan...

itew dia seklai kuar siap satu dua dress kan..bagai mane tu..berape lame tu ...kelas ko..jadi batu aku tunggu ko nak pakai bilikmenjahit baju
kalau cam ni plak pondan2 yang pose lame dalam bilik..lama nya macam menjahit satu dress lah..tup tup..tadaaaaaaaaa siap satu dress katanya...ape dia buat lame dalam bilik akak pun x tau...menilik setiap sudut n inci jantan agaknya..kira berape bulu ade, ukur panjang tangan berape, ukur pinggang segala lah...cam tu lah di ibaratnya...
ape ni bau cencalok ni..bukan cencalok ok ni bau minyak wangi jantan tu..ape lah ko ni..gitew kan...peram cencalok
gitu ni lagi lame..peram jantan dalam bilik lame2..ape dia buat tak tau..sekali bukak bilik ..haaaaaaa..nalaaaaaa bau dia..macam peram cencalur..terkunyit ker ape tu...
ade pulak pose suruh kawan2 sembunyi bagai nak giler ni..bilik kaca katanya..halau semua kawan2 duk dalam bilik sebab agong nak lalu katanya..x leh nak pose muka kawan2 sikit pun..takut kawan2 celah bedah katanya..eh pondan..kalau ko tu jantan dah suka..ko pakai serban ngan sambil pakai skirt pun jantan suka kat ko..perluker kerna nyorok....
sebab anda pemenang bertauh anda boleh tengok depan2 pentas..kalau bertuah leh siap join lagi konsert i..ok ..ade berani?tiket RM250
ini pula adalah konsep kawan2 main nak tengok..kira nak tengok dari jarak dekat ler..kiranya macam tengok konsert bayar tiket rm25o lah kan..depan pentas lak tu..cam ner.. leh mapak lah segala kerak n bulu segala....kalau terkunyit merase lah sekali kan..adoooo..ujung2 join konsert katanya...
ok jap agi jantan tu datang..pen kertas semua dah siap ker...markah mesti amik ni ok..pastu citer ni ade tayangan ulangan lak tu...juri profesional
ini yang akak geram sekali..bila jantan nak datang ..semua pakat duk kat ruang tamu bagi markah kat jantan ...ensem x, tua ker, tinggi berat semua lah..pastu buat ulasan setahun..ujung2 perang dunia kan..bagai mane...kerane konsep juri ni lah ade yang wujudkan konsep bilik kaca tue...awas...
konsep charity ala2 mother taresa
bang i xde rokok ni..i sekali isap rokok 14 kotak..mesti belanja i rokok tau...rokok n air
sebab x nak rase cam melacur sangat so suruh jantan beli air ngan rokok kan..x lah dianggp charity sangat kan...so wajibkan jantan beli rokok ngan air...kalau x bawak jagan masuk..gitu kan..
ape pun akak x kisah..dah resam bapok2 cam tu kan..yang penting pandai bawak jantan pandai ler simpan..pastikan barang berharga di jaga..jangan pulak nanti pose manje2 ngan jantan ujung ujung barang kena copet...pastu kemas bilik ok..jangan biar sepah macam sial...
Monday, 4 February 2008
Sedih, nak nangis, nak menjerit !
ari jumaat lepas akak ngan hotmama n camelia p makan kfc uolls..saje jer hotmama tu tau..akak dah on diet ni..saje jer nak belanja akak makan ayam...akak sedaya upaya tolak pelawaan hotmama...tp x berdaya..sebab hotmama dapat bonus kan...yang penting perempuan tu cakap kalau dia x kurus jgn harap kawan2 leh kurus.... sial x?..hey kalau u nak kekalkan bentuk badan seperti gajah itew..go for it lah...jagan lah halang kan...yang penting si hotmama tu pose beg coach kan..katanya 700 ringgit..entah ia entah tidak...tp akak iakan lah kan..sebab katanya dia bonus 6 bulan gaji..kelaskan perempuan tu..nampak jer muka kampung and kepam abis tp pakai coach kan...yer lah nak merase katanya....kalau x beli karang kempunan kan.... nyah mak nasihat kan ko pi beli ubat kurus dulu...baru balance ngan beg ko..beg tu kecik ko gajah x sesuai tau...
pastu si kak cam pulak ...duk feeling2 woman ngan jantan..mak leh kira tahap kefeelingan dia tu..yang penting jantan yang dia feeling tu laki orang..tp uoll meletup jantan tu..mak nak celah bedah lah jantan tu..harus lah mak kene mintak restu kak bedah ni..kak bedah akak mintak restu lalu bawah celah yer!!!...ape pun biar lah kak cam feeling kan..katanya baru jadi janda kan..tp baru jadi janda dah gersang ker kan...cam ner tu..dasar lama x dapat ni...
(dalam bulatan merah)
ni kak cam sekarang..meletup x? ha jangan gile2..setelah di berus, di klorox dan di bilas berkali2 dan di letak sedikit make-up..kak cam dah berjaya rampas laki orang...cam ner tu..akak pun terpelanting jauh... oleh kerana itew akak terpakse lah berusaha lebih keras untuk rampas laki tu lak....yang kak nita plak sibuk dengan keje servey dia kat stadium negara untuk world footsal..katanya team indon meletup2..begitu juga ngan team brazil...nyesal akak x pi..tp akak dah suruh dia carikan satu...ape pun servey sambil memancing lah kan...walaupun x mengaku....
si kakak wartawan kita lak kak meen..sibuk dia sekarang tengah mengira2 saat nak ke puket..pastu membeli belah bagai kan...minyak wangi lah ape lah..ape pun dia ade duit x salah kan..go meena minachi!
si kak bee lak demam lah ..dah berhari2 x keje ..sian dia..berselubung...akak malas nak kacau orang demam ni kalau kacau kang boleh bertukar menjadi singa...takut akak...
ape pun akak masih tertanya2 kenape akak rase runsing sangat....pening2 manje lah ape lah...mesti laki akak ni jumpe betina lain kan...kalau akak tau laki akak jumpe perempuan lain akak janji akak akak jumpe jantan lain gak...ahahahah.....
Thursday, 31 January 2008
20 PERKARA YANG MEMBUATKAN AKAK MEMBENCI LELAKI
Close Your rating was added successfully.
Close Sorry, an error occurred while adding your rating.
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Tu yang akak rase macam nak terajang muka diorang pakai high hill gucci akak tu...
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan or pondan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang! awas akak congkel mate nanti
4. MENGONGKONG
Akak paling pantang yang ini..Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu? selalunya lelaki yang mengongkong ni yang suka menggatal kat belakang....
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. kalau x...ceraikan akak!
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila jantan2 ni suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya.
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!!
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! so jangan berangan ok..akak x suka...
so akak dah buat kajian ni..so korang rase laki korang ade x sikap2 ni ....kalau ade was uolss..bahaya ni
Kisah Semalam!
Biler nak balik, he pop this dialogue..
NL guy: U know something??
Akak: What??
NL guy: U actuali look gorgeous tau but if u tone down a little, lot of guys would be flocking over you. i love ur body mase u pakai kebaya ari tu..u look like real gurl..katanya
(As usual, I juz gave a "huh" look, dlm hati WTF!!!)
Wats with you guys anywei... I tau la aku GEMOK sikit jer tapi ada rupa, so wats the biggie deal?? Once, twice, I dun mind... Almost every time I meet up with chatters (male ones lah, takkan the gurls nak kasi the comments plak kan??) same ole thingy. Dah mcm pick up line sia~
Kekadang aku terfikir jugak, kurus salah, gemok pun salah... dulu, masih aku slim melim, duda lama aku suruh gemok kan badan skit, dapat laki orang putih konon dia rimas ppl kip looking at me (jeles lah tuh) sebab dia kata badan i sedap2, Now, bile badan dah macam TONG beras( tp yang kecil ok) ada sesetengah members kasi aku semangat nak kuruskan badan.
My question is ... Is it fair only KURUS + ADA RUPA can be accepted in the community... wat abt GEMOK + ADA RUPA.. kelakar ke?? ..korang rase?
Cara nak kurus tanpa ubat-ubatan!
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
10. ELAK MAKANAN RINGAN
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. MAKAN DILUAR
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. TIMBANG
15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. MEMASAK MAKANAN
20. MEMILIH HIDANGAN
21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
22. BERBELANJA
23. GERAKKAN PUNGGUNG
24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-
- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
31. Mengurangkan Buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.



