sesiapa yg berminat untuk beriklan atau membeli produk di blog ini boleh whatsapp ke 60173806280.

Tuesday 15 August 2017

jenab, kiah, leha kagum dengan Royal wedding

assalamualaikum uollss...

semalam  kecoh kak kiah kak jenab tentang perkahwinan Tunku Tun Aminah anakanda kepada Sultan Johor. Semua orang puji dengan busana yg simple Tunku Nampak lebih cantik menjadi raja sehari. kiah terkesima istana kaca sekali lagi dengan keindahan perkahwinan itu.

kak senah bagi tau yg x tercapai akal dia bila rekaan baju nya sangat simple tetapi Nampak cantek dan masih lagi menampakkan Tunku sebagai kerabat di raja. Pasangannya pula hanya mengenakan baju melayu Johor sebagai baju hari bahgia. lagi lah senah garu kepala.


CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA



sebab apa senah dah pi tempah baju untuk anak dia dress kembang hijau amerald dengan lace tebal di padankan pula dengan tudung lace..mesti meletop bila orang kampong tengok.. sambil2 mengharapkan pujian berbakol dengan baju idea rekaan dia.. bak kata akan menjadi buah mulut orang kampong lah nanti.. mesti leha jelous sbb tema Arabian dalam kelapa sawet anak dia x sehebat baju anak dia..


ok back to tunku tun aminah..

for me tunku yg bijak... Tunku mmg dah cantik pakai simple je dah WOW.. xde inai2 and xde lah nak mekap2 bulu mata dua lapis or contact lence warna2 anak patong.. sweet and simple.. tapi simple simple juga.. tapi x Tanya ke baju tu guna kain apa.. tak Tanya ke berapa harga busana simple tu..

mmg lah uollsss orang kata kawen ni kalau boleh nak sekali je seumur hidup.. so x salah nak bergaya sakan.. yes betul.. tapi kena lah dengan gaya dan bentuk tubuh serta persekitaran yer...

bg akak bila tunku pakai busana simple macam ni dia dah letakkan satu garisan tata cara pemakaian yg maknanya simple juga boleh buat kita wow di hari perkahwinan..mmg rata2 memuji..

bergitu gak bila Juliana even kawen dengan kerabat Selangor.. baju simple sahaja x melebih2.. tpi tetap cantek..yg penting laki mak meletop yer.. mungkin juga protocol yg memerlukan mereka tidak melebih2 dalam memilih busana kannnn


ok.. macam ni.. kawen ni adalah satu memori yg akan kita simpan hingga anak cucu.. dan kadang kala kita ni terlebih2 dalam mengatur cara pemakaian, warna serta tata riasnya..ni x..

baru ko bukak mata ke kiah... bak kata orang.. kalau dah cantek ko pakai sarong guni pun cantek yer..

kita kalau nak kawen..manakan MESTI ketat sendat walaupun kita dr golongan nangka madu atau geng tong beras.. warna MESTI ikut trend, pink blacan, pink pusha, hijau turquoise, campur2, dengan lace2 di dada, tangan, leher, kaki, perut, MESTI berinai sampai siku, lutut, umbun2, MESTI mekap doll, bulu mata atas bawah..

x semestinya kan... TAPI ikut suka ko lah nak buat cam ner.. ko yang kawen kan... duit ko..sbb kita masyarakat biase bukan pakai mewah2 selalu kan...

boleh tapi jangan keterlaluan uoll... takut jadi pamiran sarkas uollssss..

pernah tu akak pegi satu majlis kawen tu.. pasangan pengantinn ya apam pulak.. bini apam beras..laki lak apam balik... di pakaikan pula dengan songket Peplum warna Pink ada renda2 tepi.. mekap tebal bulu mata 2 lapis. crown sejengkal tinggi.. dengan inai sampai lengan..penuh sampai buku lali dan  lelakinya pula di pakaikan salinan songket tebal dengan samping ikat bunga reflesia di pinggang.. nak ketawa ada kesian ada.. tapi mereka kelihatan bangga dan rasa cantek..OMG akak shock uollss

Akak paham kengkadang pengantin yg nak macam tu.. sbb apa sbb trend..kadang tu pereka pakaian dah bg apa yg sesuai ikut bentuk tubuh.. tapi kalau dia inginkan sarung renda peti ais dan warna yg tak terjangkal akal fikiran nak buat cam ner kan.. itu hak dia.. mungkin tema perkahwinan dia " peti ais dua pintu"..sapa tau

lagi pun apa barang buat tema simple..nanti x dapat lah mak andam nak charge harga segunung intan.. nanti katanya simple itu murah..


dan bila kerabat raja kawen , pakai pulak simple dan sweet.. semua terbeliak macam tertelan biji nangka sbb x sangka yg simple tu rupanya menarik...

ko dah kenapa sundel.. sbenarnya pereka pakaian or mak andam dah setkan sebegitu.. x kiralah ko asal dr ulu banat mana pun..tetapppp kain seret Tanah walau rumah ko lecak... crown dato Vida juga ko tonggokkan atas kepala.. dengan harapan "Mak nampak cam princess yer"... tapi ko ingat.. mmg princesss.... princess banyak jenis yer.. Fiona bini shrek pun princess yer..


kadang tu sbb kan nama pereka terkenal..baju cam nak buat acara pakaian beragam pun xpe janji meletop katanya.. tapi x salah..lain orang lain lah citarasanya kannnnn..

senang je cam ni.. ko mampu buat apa ko suka.. ko nak kawen ko yg tau apa yg cantek pada ko kan..tapi ingat gambar perkahwinan ni adalah kenangan yg kita akan bawa ke masa hadapan.

pilihlah baju yg orang kata TIMELESS dan bila kita tengok walaupun 10 or 20 tahun akan datang ia tetap segar dan x lapuk..

tapi akak mmg x leh blah dulu2 bila tema ijau pucuk pisang dengan pink di gabungkan ala2 noraiza idris tu.. nak aku bantaikan je..

gambar hiasan dr google

so sapa yg nak kawen tu mula2 lah buat research.. apa yg sesuai dengan tema majlis...dan apa yg menarik ikut bentuk tubuh supaya uollss Nampak cantek dan bukan majlis pertunjukan sarkis majlis annual dinner kilang kotak ulu tembeling...

this is just pendapat.. kalau ko nak gak dress tingkat2 dengan kain seret sampah..terpulang.. bak kata pepatah "tepuk dada Tanya selera" sedih ke x selera tu...

7 comments:

Miss Brenito said...

kah kah kah, nasib baik baju kita kawen tahun lepas tema hijau pucuk pisang dgn lace oren. gittew

Miss Brenito said...

eh silap2, bukan tahun lepas tp 10 tahun lepas. kikiki

Anonymous said...

sayang... wedding ye....

weed tu rumput... atau ganja dlm bhs omputih nye

tapi who cares...

kelakar khinzir betul entri kali ni....

adoiii

wakakakakakakak

Ann Ishak said...

dress tingkat dengan kain seret sampah...jemah terbaek :D

suria lekatlekit said...

tetiba aku rasa macam kerabat di raja pulak sebab masa aku kawen pun memang simple jer.. baju kurung moden & laki aku pakai baju melayu cekak musang jer.. letak veil je atas kepala. Tudung tu serius aku beli kat masjid india RM7 ke berapa lupa dah. Untuk pakai kawen beb! tapi veil tu mahai sikit tu pun dalam RM150 je kot.. Baju tu tempah kat butik dekat masjid india jugak.. sepasang tu je kot baju kawen. Baju nikah beli ready made.. kid size pulak tu baju aku hahahaha\

Minum hot coklat untuk kuruskan badan >> BODY DREAM! INILAH MINUMAN HOT COKLAT YANG SEDAP MAMPU TURUNKAN BERAT BADAN

kisah blogger kena saman >> SAYA TERPAKSA MENGEMIS UNTUK MEMBELA DIRI

Anonymous said...

Bak kata komen kat fb- dia takpe la hari2 jadi raja.. orang lain jadi raja sehari je.. bagi la can.. hihi

Bones are Coral Made said...

Great blogg I enjoyed reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...