sesiapa yg berminat untuk beriklan atau membeli produk di blog ini boleh whatsapp ke 60173806280.

Thursday 27 September 2007

Anita gadis pujaan

Anita Orked, begitulah nama keramat bagi setiap lelaki tak kira yang bujang atau yang dah kawin. Nama itu sentiasa meniti dibibir setiap lelaki jantan di kampung akak. akak juga sudah hafal nama itu, sudah hafal rupa gadis itu, dan dah beribu kali kawan2 akak "berdating" dengan Anita dalam mimpi.

Nama itu jugalah yang telah menjadikan tiga orang sahabat sejati akak, iaitu midi, ali dan rehan. Antara midi, ali dan rehan dah tak bertegu
r sapa lagi. Masing-masing bawa hal sendiri. Semuanya kerana kehadiran pembantu kedai makan di kedai kak inner yang cun itu, anita orked. Bahkan bukan tiga sahabat itu saja, malah hampir kesemua orang kampung tak nak bertegur kerana melayan perasaan terhadap anita.

Begitulah bertuahnya anita. Lenggok anita dipandang, Body anita tak puas mata memandang.

gaya nita ketika nak masuk keje petang..meletopnya ko anita..patut lah ramai berebut..

Bagi kaum bapok2 pula merasa merasa runsing dengan kehadiran anita. Mereka takut anita celah bedah. Maka tak kuranglah pula bohsia2 rumah panjang yang mula pasang badan semula untuk menambat kembali hati balak2 mereka. balak2 mereka pula dilayan sebaik mungkin agar balak2 lekat ngan mereka. Kalau boleh gam cap gajah nak dilekatkan dibuntut balak2 agar balak2 itew tidak keluar rumah.

awas ko anita ..jagan cuba nak celah bedah laki aku kay..awas

Begitulah kesannya tentang kehadiran anita. Sehinggalah suatu hari, seorang lelaki berbadan sasa datang kekampung, diwarong kak inner, ia terhenti. Mungkin dia terpegun dengan suasana dalam kedai yang penuh dengan umat manusia laksana ada kenduri dan pesta muda mudi katanya. akak pada ketika itu sedang menikmati Kopi O yang dihantar oleh buah hatiku, abang mail (pembantu kedai no 2..meletup u oll).kalau b
oleh nak kuhabiskan sekali tegok saja, tapi apakan daya kopi tu panas (ko gila nanti kecantikan akak terhilanglak..karang ade plak org kata akak ni bapok pelahap lak). kalau tak bolehlah aku order lagi sambil menatap wajah meletop abang mail.

"boleh aku duduk sini?" lelaki itu bertanya kepada akak.


"silakan " jawabku ringkas sambil menjeling kepada pemuda tersebut. Kendu jugak mamat ni..akak pun pose kalau lah dia minat kat akak yang ala2 manja ni..Kalau nak banding dengan aku anita ngan aku, ternyata anita lebih meletop dari akak. tapi anita ni ade bai keti skit...

"Saudara nak minum apa?"akak bertindak sebagai pelayan pula,takut aku kalau nanti kalau anita datang menanya dia tergoda pulak dengan anita kehenseman pemuda tersebut. awas anita!


"Teh Tarik" jawab pemuda itu ringkas. akak bergegas mencari abang mael di dapur untuk menyatakan hajat pemuda itu nak minum air
teh.

Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Amri dan menceritakan
tujuannya datang kekampung ini untuk mencari adiknya puteri (rasa akak puteri tu adalah pondan sasau yang pakai baju kurung di bulan ramahdhon itew).Belum pun sempat aku menanya tentang adik amri, anita datang melenggok menghantar teh.
Kelihatan anita agak terkejut memandang amri dan cawan teh jatuh berderai ke lantai.

"ooooo, sini ko rupanya, "Jerkah amri.


Anita terketar melarikan diri ke Dapur. Orang ramai pula tertumpu ke meja akak dan amri. Ada yang memandang tak berkedip mata kearah amri dan ada yang menggenggam penumbuk. Maklumlah buah hati di usik orang. Masing-masing nak tunjuk Hero.

amri menenangkan keadaan dan berkata yang anita itu adalah adiknya (rupanya selama ini anita telah mengubah namanya kepada putri kenara takut abangnya cari..paduhal...). Aku tersenyum bangga kerana akulah bapok pe
rtama berkenalan dengan abang anita, mesti saham aku naik. rehan dan ali memandang kearah akak, mungkin sedikit kecewa kerana akak mendahului mereka mengenali abang anita . akak terus terkonfius kerana dua jantan ini pun taste ngan abang anita..cam ner itew..

Tanpa segan silu akak membahasakan diri sebagai berry dan memanggil amri ... abang! dan menyatakan hasrat aku untuk menyunting abang anita (cam ner ni pelik akak..akak citer pasal anita ker diri akak ni..lantak lah ade akak kesah).

ya...berry ..saya mmg nak tanya tadi tpi takut awak x sudi..Jawapan Ringkas dari amri ini membuatkan akak rasa bagai dihempap pokok ketapang, malah akak yakin seluruh penduduk kampung lelaki akan menagis kerana akak telah berpunya dan berlaki..bagaimana itew....

"Ko nak jadi umat nabi Luth ker? berry tu sebenornya jantan (akak lah tu), nama dia shamsul, tapi suka jadi pompuan. "Begitulah kata kata keramat yang mempunyai unsur sihir yang menyebabkan semua penduduk kampung seakan menjadi batu. Semuanya terkedu, semua harapan hancur bagai kaca terhempas ke Batu! akak terus berpaling kepada suara itew...rupanya vieda areena tajuddin ...bapok yang sering bertelingkah ngan akak merebut jantan..awas ko vida (name jantan aedy)...pecah lobang akak...


name aku vieda...awas akulah bapok yang paling perkasa di dunia ini..adew berani nak lawan mak?

kerana terlalu malu akak berlari 300 meter berganti2 ngan aci yang sedang lari kejar bas di tepi kedai kak iner itew..bila akak toleh kebelakang akak lihat amri kejar akak..lembut hati akak bila melihat dia kejer akak...dia datang pada akak dan berkata; KO INGAT KO CANTIK, DAH MINUM DUA GELAS AIR KO LARI LAK YER..SAPE NAK BAYAR..AKU MMG SUKA KO...SEBAB NYA AKU NAK SURUH KO SPEDO AIR BONGOK...kerana terlalu terkilan akak campakkan duit rm5 kearah dia dan berlalu pergi...rupanya amri minat kat akak sebab suruh spedo air katanya..bukan kerana akak yang cantik kerana pakai bedah QIANLEE itew..sentap akak

akak dengan pantasnya berlari bagai acara 300 lari berganti-ganti...sambil di perhatikan oleh orang ramai..


p/s: diharap tiada sape yang sentap..cerita ini adalah rekaan akak semata..harap maklum..sentap menyentap adalah haram!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...