sesiapa yg berminat untuk beriklan atau membeli produk di blog ini boleh whatsapp ke 60173806280.

Friday 4 July 2008

Karektor sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut personaliti

rang selalu mengaitkan zodiak dengan karektor seseorang kan..akak telah mendapat formula baru bagi mengetahui karektor seseorang megikut jenis buah or sayur sayuran





-Petola
Ramai x menggemari petola..tetapi adakah anda tahu ..walaupun petola ini pahit tetapi ia sangat berkhasiat..bahan kimia dalam petola mampu memulih pelbagai penyakit..begitulah akak diibaratkan..ramai yang pertama kali mengenali persenaliti petola..semua kata petola ni jahat , mulut jahat dan segalanya..tetapi sebenarnya ia mempunyai banyak keistimewaan...baik hati, kesederhanaan..mudah di dampingi dan sukar di lepaskan..gitew kan....

Selebriti berperwatakan Petola : Ali, , tushee, iffa raziah, Christina Aguilera



-Nangka
Ramai yang mengetahui yang nangka ini besar dan kulitnya agak berbiji2 kan..kulitnya kasar...tetapi isi didalannya sangat manis dan sangat sedap..boleh dibuat kuih or dimakan mentah sahaja...bau nangka mmg menyelerakan...bukan sahaja boleh dimakan mentah tetapi nangka muda boleh dibuat gulai..mmm sedap tu...orang yang mempunyai karektor nangka....walaupun dia mempunyai bentuk badan yang besar ..tetapi hati nurani dia amatlah cantek dan bersih..baik hati serta berbudi pekerti yang mulia...sering membantu orang yang susah ...

Selebriti berperwatakan nangka :Azwan ali, Kak Bed, Adibah Nor, Jennifer Hudson



-Brokoli
Setahu kita brokoli banyak di gunakan dalam masakan orang2 barat..kenapa brokoli di gunakan?...kerana ia mempunyai khasiat yang tinggi dan boleh mengelak dari jangkitan kanser..walaupun warnanya yang hijau dan rupanya seakan2 bunga kobis..tetapi khasiatnya 70% lebih berkhasiat dari sayur2 hijau yang lain...begitu juga dengan hafiz..sekali pandan saja sudah diketahui kebaikan serta keindahan hati budinya..sangat berpengaruh dan sangat bijak...setinggi mana khasiat brokoli begitu juga lah setinggi ilmunya....

Selebriti berperwatakan Brokoli : Hafiz, Anuar Zain, Ziana Zain



-Durian
wow buah ini sangat berduri...tetapi baunya bisa membuatkan semua tertawan...luar berduri tetapi dalamnya kuning keemasan dan sangat menyelerakan....selalu didapati pada sesuatu musim dan hanya boleh di kutip pabila gugur...bagai orang yang mempunyai karektor seperti ini...dia nampak seperti garang dan amat tajam sekali..tetapi hati dan perasaannya sungguh indah..mampu membuatkan orang lain tertawan dan ingin mendekatinya....

Selebriti berperwatakan durian :Haizat, Siti Nurhaliza, Misha omar


-Cili
Dengar saja sudah digeruni oleh sesetengah pihak..tapi ada yang tidak boleh hidup tanpa cili..setiap masakan dengannya pasti membangkitkan selera...rasanya yang pedas mampu membangkitkan rasa luar biasa...bagi yang mempunyai karektor cili...dia amatlah pedas dengan kata2nya..tetapi dia amatlah di perlukan dalam sesuatu keadaan...walaupun kata2 agak kasar tetapi setiap kata2 itew mempunyai isi dan hikmah....so berbaik2 lah dengan orang yang mempunyai karektor ini..mungkin anda dapat mengetahui isi hatinya ..luhur dan suci...

Selebriti berperwatakan cili :Reezberry (akak lah tu), Halle Berry, Jennifer lopez, Ning baizura




-Mangga
Mangga..emmm..ada yang masam dan ada yang manis..amatlah digemari oleh semua orang..walaupun ianya masam atau manis..itew tidak menjadi halangan..rasanya yang sedap dan lazat bisa membuatkan orang teridam-idam...bagi yang mempunyai karektor mangga..ia mempunyai kebaikan dan keburukan...sering di beri perhatian..sering diinginkan..tetapi hati budinya amatlah luhur dan tidak mempedulikan kata2 orang lain...disenangi pada semua keadaan..sangat pemurak dan kadang2 ia juga mampu membuat hati lain gundah kerana kemasaman mangga itew sendiri...

Selebriti berperwatakan mangga : Kak Cam, Whitney , Britney spears, siti sarah

korang pilih sendiri ek..mane satu..gitew...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...