jom click sini

ahli geng kongsi senduk

Kak Senduk Fan Club Klik sini

bit.ly/1c5OxpX

Wednesday, 11 February 2009

cara pelik nak kurus oleh peserta kancil idol

wah sejak mula berlansung kancil idol ni..macam2 cara peserta nak kurus..macam2 cara pelik akak dengar dr peserta ni...berdebar akak bila semua bersungguh2 nak menang ni uolss...yer lah masing2kan dah gajah so nak kuruskan badan lah katanya uolss...



semalam waktu duduk2 lepak semua kuar cerita strategi masing nak turun berat badan dengan cepat..tetiba si pojie kuar cara2 dia nak kurus...katanya dia minum air inai uolsss...inai!!! tau tak inai..inai yang pakai kat jari tu..tapi si pijie bancuh dengan air and minum katanya...buat perut kecut katanya...ape kata pijie ko inaikan satu badan..bukan perut ko je kecut seluruh badan ko pun leh kecut..lets lah cuba uolss....kalau malas nak tumbuk ape kata ko beli je tiup inai segera tu and bancuh ngan air...atau pun ko nyonyot je pek inai tu macam ko makan chokie chokie...akak nescaya ko paling kurus pojie..tahniah....

akak tau inai untuk pengantin and pengubat kuku cengkam je uolsss

si apis n hotmama ni..gigih evoid nasi ni...x makan nasi katanya..yer lah nasi kan penyumbang karbihidrat dan penyebab lemak no 1 kan...so tu gigih x nak makan nasik tu..terperanjat akak hotmama makan roti bakar sekeping je uolsss...tapi rupa2nya hotmama dah bedal nasi sepinggan penuh sebelum tu...bebas lah nok...kalau ko rase ko leh kurus ngan cara ni..lakukan ler...akak ade tips untuk ko hotmama..ape kata ko hiris sikit2 lebihan lemak ko ko tu...sehari sikit..so sebulan mesti banyak dah lemak yang ko buang....

hey akak pun gigih ok...akak ade cara akak sendiri...akak cuba avoid nasik..tp macam susah je..feveret tu..tp akak cuba x makan nasi.. 2 ari dah akak x makan nasi..makan lauk2 je..sup2 gitue...tp akak makan dalam kuantiti sikit tp kerap..pastu jangan gila2 uolss..akak berbasikal dalam bilik akak (basikal execise le) setengah jam pagi dan petang..then sit up tonggang tebalik 1/2 jam gak..gila ko..rase nak terburai perut akak bila sit up tu....kena rogol pun x rase seksa cam tu uolsss...rase nak putus urat2 dubur n perut akak..lame dah x buat kan..yer lah perut akak ni macam perut orang busong dah..tu kena kempeskan tu..yer lah nanti nak gak pakai baju nampak perut kan..gitewww......

lets le makan macam ni gerenti kurus uolsss

selain tu akak juga tidur dengan corset and bengkong uolsss..ikat ketat pastu tido..wah rase macam nak gila dah ni uolsss.....sabar2 senduk..nak cantek kan..so kenalah extream sikit...korang rase leh ke akak kurus ni uolsss....kalau x kurus gak tak tau lah uolsss

sape ade tips2 nak kurus cepat bg lah tau akak uolss..kalau berjaya ngan tip korang tu..akak akan belanja korang..cepat bg tips uolsss....
akak baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai
membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini.
Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya akak kongsikan
sekali lagi sebagai info tambahan.

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged
dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada
yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya,
tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan
wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang
aku ingin kongsikan.
Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.
Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun
pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.
Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain.
Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai
laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.
Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna
internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun
menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus
melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di
dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh
pihak CIA?
Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua
butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak
universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want!!
Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya,
mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin
mencari kita… senang sikit!”
Malang sekali bukan itu yang berlaku.
Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun
tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka.
Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh
memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita
sendiri masukkan dalam account Facebook kita:
Cuba bayangkan!!!
Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling
mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi
pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa
keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai
“professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang
seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.
Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan
segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan
mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah”
dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?
Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri
mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily
schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA
sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.
Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.
Halo…
Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:
Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu
dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang,
mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal.
Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?
Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel.
Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak
USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel
Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak
tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini,
kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu
lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.
Sila klik banner di bawah untuk pemahaman lanjut:
Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya
bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita
Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence
Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.
Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana
silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri
sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang
dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh.

Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.
Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya,
pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat
Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…
Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum
sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

Let's SHOPPING Uollss!