Tuesday, 22 August 2017

Mentaliti desa tercinta rakyat kita

hi guysssss...

sorry xde post for the past 3 days.. busyskit and akak ada urusan penting so x dan lah nak update..

amacam uollls sekarang? busy tengok sukan sea?..amacam semalam bola menang 3-1 lawan Myanmar..seronok...

seronok mg seronok tapi ada insiden yg x sedap di dengar berlaku...

semalam dengar cerita ada dua penyokong Myanmar kena belasah teruk dengan penyokong Malaysia.. salah sorang tu nyawa2fish katanya...

ok kaka sini akak nak cakap... bila kita salah letak bendera Indonesia terbalik dalam buku sukan sea tu... pihak Indonesia marah teruk... sbb maruah mereka di persendakan ...walau kita minta maaf ..tapi rakyat dia tetap marah sebab kalau bendera tu terbalik maka jadi bendera Negara Poland...

 BENDERA INDONESIA

CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Wednesday, 16 August 2017

simple makeup macam Tunku Tun Aminah

uollsss akak nak tanya ni...

Apa itu natural Beauty?... kalau nak tau natural beauty tu macam akak lah... semulajadi cantik..kannn

bukan apa , rentetan majlis perkahwinan diraja Tunku Tun Aminah yang di katakana mekap nipis dan lite je. tapi tetap wow.. menampakkan kecantikan dia .. tanpa eyeshadow pelangi, tanpa bulu mata che ta dan tanpa blusher yang merah ibarat di lempang...

ramai yg kata.. mekap macam ni lah simple.. next time kawen boleh mekap simple je cam ni...


nak di ingatkan disini Tunku sememangnya di anugerahkan wajah yg flowless dan cantik.. tengok sajalah bonda tunku yg sememangnya di ketahui amat jelita kan..maka kecantikan itu di wariskan ke anakandanya.. so bila tunku mekap lite2 pun tunku tetap cantik..

CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Tuesday, 15 August 2017

jenab, kiah, leha kagum dengan Royal wedding

assalamualaikum uollss...

semalam  kecoh kak kiah kak jenab tentang perkahwinan Tunku Tun Aminah anakanda kepada Sultan Johor. Semua orang puji dengan busana yg simple Tunku Nampak lebih cantik menjadi raja sehari. kiah terkesima istana kaca sekali lagi dengan keindahan perkahwinan itu.

kak senah bagi tau yg x tercapai akal dia bila rekaan baju nya sangat simple tetapi Nampak cantek dan masih lagi menampakkan Tunku sebagai kerabat di raja. Pasangannya pula hanya mengenakan baju melayu Johor sebagai baju hari bahgia. lagi lah senah garu kepala.


CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA

Monday, 14 August 2017

uollssss wajib tonton..

hey uollsssss..

today kak senduk nak cerita sikit pasal movie yg kak senduk tonton semalam... rasa macam nak tonton movie..kawan akak sibuk ajak tengok cerita Anabel..

tapi akak macam serik lah tengok cerita hantu omputih ni.. kadang tu merepek dan agak hanj... so akak scrol2 lah FB.. semua sibuk cerita pasal satu cerita Thailand ni... x pernah dengar pun..and macam xde preview pun kat mana2...



tajuk dia "BAD GENIUS"...tajuk pun najwa2 latip je kan...tapi semua duk puji bagus2..ada lah yg kata bg 10/10 lah ..ada kata 20 bintang lah.. yer yer je uollsss kannn...
 
CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

PRODUCT REVIEW : G'Beaute Skin Care Series

hi uollsss happy Monday...

today akak nak review and memperkenalkan produk skincare yg amat bagus sekali.ia di perbuat dari asas cendawan yg mempuntai 1001 kebaikan bukan saja pada tubuh badam..malah ia juga menjadi agen anti menuaan untuk kulit uollsss..

yang penting uollss segala research dan pengilangan di buat di Malaysia.. so kementerian ke sedara mara dia don't worry..lulus...

anda pernah dengar GANO?... yess.. cendawan merah.. sekarang syarikat ini telah memperluaskan lagi kepakaran mereka bagi menghasilkan skin care yg sangat baik dan amat bagus..

Baru-baru ini, Pakar Dermatologi dan Kosmetologi Perubatan mendapati bahawa Ganoderma lucidum atau nama lainnya cendawan merah boleh bertindak sebagai agen anti penuaan yang sangat berkesan untuk peremajaan kulit dan dapat meningkatkan metabolisme kulit agar lebih sihat dan lebih cantik.

Oleh itu, siri penjagaan kulit G'BEAUTE telah dibangunkan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh pakar.  Siri penjagaan kulit G'BEAUTE telah dibangunkan menggunakan teknologi moden produk penjagaan kulit dari Perancis bersama dengan kombinasi tumbuhan semulajadi dan ekstrak Ganoderma lucidum.


Ia adalah gabungan sempurna dan sesuai untuk semua jenis kulit.  Kualiti yang sangat baik dari G'BEAUTE berasal dari kolaborasi kepakaran pengeluar produk penjagaan kulit terkenal di dunia dan mereka dihasilkan di kilang Standard Antarabangsa dan dengan pengiktirafan Good Current  Amalan Pengilangan (cGMP).

CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA

Friday, 11 August 2017

Kuala Lumpur 2017 29th Sea Games

uollsssss akak exited uollssss

sekali lagi Malaysia menjadi tuan rumah untuk temasya bertaraf dunia. Kuala Lumpur 2017 29th Sea Games. di sertai 11 negara2 Asian yg akan bersama bertarung bagi mendapatkan pingat bagi acara sukan yg hebat.. mungkin acara ini tidak sebesar kuala lumpur commonwealth games 1998 tapi ia cukup memberi impak besar kepada Negara kita ...selain tu temasya ni berlangsung juga 9th Para Games 2017
 

so tahun ni akak bercadang nak tonton acara pembukaan di bukit jalil pada 19hb ni uollsss..so akak letakkan beberapa detail tentang acara berikut...

 
CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

ini serius uollsss

salam jumaat uollsss...

hari ni post akak agak serius yer..

akak sedih uollss bila Malaysia di kejutkan dengan berita seorang bapa sanggup merogol nak meliwat anak kandung sendiri..


 
CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Thursday, 10 August 2017

reality dunia hiburan kita

hey uollsss...

sihat x ari ni?...cantek x uollss ari ni?

akak tergerak nak kupas satu topic ni..berkenaan lambakkan pelakon2 baru yg cantik dan encem2 di dunia hiburan kita...cerita2 dengan plot yg sama dan jalan cerita yg membosankan...

kadang meraka ni popular sahaja tapi xde bakat.. orang kata bakat akan datang kemudian.. yer ke.. akak tunggu x datang pun bakat diorang tu...

terus terang akak mmg jarang tengok tv.. sbb akak rasa tonton youtube lebih berinformasi dan lebih menghiburkan dari cerita2 dalam tv..

kalau korang bariskan pelakon2 Malaysia ni..banyak yg akak x kenal..lagi2 yg baru2..yg slalu kuar kat slot tv tu..semua cantik2..semua ensem bagai nak gila...

tengok je lah zul arrifin yg sado hensem ..bisa memberahikan kak kiah, kak tipah.. tertunggu2 di kaca tv sebab nak tengok wajah kacak dan kesadoan abang zul...ini contoh yer..contoh..


manakan heroinnya pula anzalna yg rambut ikal mayang..meletop..melentik2 sana sini kata2 manja..

ok..STOP..kat sini akak bukan nak buat acara puji memuji yer...akak nak cakap pasal kualiti dan jalan cerita yg rakyat Malaysia mahu..
 
CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Wednesday, 9 August 2017

gosip2 petang...ini cerita mmg x abis...

hey uollsss.. amacam sihat?
ari ni gosip2 santai jer.. sbb akak busy keje ari ni...

ari ni kita nak gosip2 skit ek..kisah panas alif Aziz n pipah.. akak tengok makin panas..sbb pipah dah buat press conpren dah uollsss.

kata nak nak jelaskan apa sebenarnya yg berlaku...ok ni adalah keratan Akbar semalam..baca ni..akak komen kemudian..

 
CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Tuesday, 8 August 2017

mahal?... anda nilaikan sendiri

salam uollsss

semalam ada dengar2 dan baca beberapa komen tentang post akak pasal didikan anak2..yer lah akak mohon map lah yer pada sapa yg rasa marah sangat.. pendapat akak hanya sekadar pendapat..x stuju xpe..akak pun kena lah stuju dengan apa yg mereka nyatakan.. Maybe mereka bangga agaknya anak mereka perangai cam tu.. Maybe ko setiap malam sebelum tido ko ada acara penyampaian hadiah sempena kebanggaan dan kecermelangan anak ko..

Ko punya pasal lah...

so ari ni x nak cerita lagi pasal parenthood ni..sbb banyak mak2 bapak2 of the year dah kuar kuku.. Akak cuma tegur jer..x leh terima nak buat cam ner kan..

ari ni akak nak cerita pasal makan makan... korang dah makan lom..

sebut je pasal makan kak senduk terus lapar.. maklum lah tembolok besar...akak mmg kaki makan..sebab tu niat nak kuruskan badan lepas raya ari tu terkubur begitu saja...

tapi sekarang barang makan mak aiiiii mahal... air kosong pun dah 30 - 50 sen segelas... lagi2 kedai mamak.. mmg dah sedia maklum harga dia melambung...

tu belom lagi makanan2 yg viral tu..lagi lah melampau ..dulu masa tengah viral burgle viral tu..mau 12- 18 hengget harga satu


CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA

Monday, 7 August 2017

anak biadab - salah sapa?

salam isnin uollss..

amacam? lemau ke 1st day keje ni.. ala biase lah tu.. MONDAY BLUES .. nanti lepas lunch ok lah tu...bila kiah dah bukak cerita gosip2 charge lah ko nanti..

jom jom akak nak cerita sikit ni...cerita apa ek?... cerita anak kurang ajar..

kalau anak kecil kurang ajar kita nak salahkan sapa?..adakah didikkan kita salah or pengaruh luaran..lets kita bincangkan uollsss...

cerita anak kurang ajar ni mmg slalu kita dengar.. tapi kalau tahap melampau2 tu mmg mintak tali pinggang lah kan...

CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA


Friday, 4 August 2017

maggi bangang ke ko yg bangang?

salam jumaat uollss

sebelum tu akak nak mintak map ler yer..apa yg akak cakap ni akan menaik hantukan segala mak bapak yg selalu baca blog akak..sebab akak perasan mmg banyak mak2 orang suka baca blog akak ni...

tolong jangan cerca akak di hari ni yer..ini sekadar pendapat je..akak tau kat luar sana yg baca blog akak ni banyak yg pandai2..doktor2 bagai...mana pakar motibasi bagai..manakan pula mulut2 petir yg akan menghanjengkan akak dengan jayanya...

akak nak cakap pasal mak bapak sekarang yg begitu menjaga kesihatan anak2..


tajuknya maggi

CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA

Thursday, 3 August 2017

tahap mana berpewatakan menarik ko tu?

hey uollss akak nak tanya ni...

apa yg di maksudkan dengan 'BERPEWATAKAN MENARIK' ?.. post kali ni agak serius skit...


terpanggil pulak akak lepas akak membaca satu pos dalam OH BULAN.

kisahnya cam ni.. adalah satu produksi ni yg adakan satu ujibakat bagi mendapatkan pelakon untuk satu pementasan teater ke , filem ke, drama ke apa thah kan...menurut penulisan itu akak dapat mengatakan dia seorang lelaki...

CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Wednesday, 2 August 2017

trending sendu yg mendapat sambutan..

assalamualaikum uollsss..

sorry sorry sbb xde blog update untuk 3 hari lepas.. sbb akak keluar Bandar atas urusan penting.. akak di beri kepercayaan menjadi salah seorang pembawa obor untuk temasyar sukan sea x lama lagi.. akak sebagai atlit sukan membawa telor dalam kantong berganti2..

so today akak nak cakap pasal satu topic yang bertajuk.. "the joyah of the millennium"

wahhhhhh whats that.. apakah tajuk itu.. ni akak nak kupas ni...

kenapa akak cakap kaka joyah.. ni gelaran je..sbb org gelar orang2 yang banyak bunyi ni kan joyah.. so sapa yg bernama joyah di luar sana.. jangan terasa yer..

so lepas akak run run child bawak obor tu.. akak berenti lah makan..yer uollss lepas lari mesti la akak laparina binti laparuddin kan.. so akak scroll2 lah fb ..sambil2 orang kata...yer lah kena lah amik gak cerita2 terkini kan..kang x amik tau kang orang kata akak ni "ponjeng dalam tempurung" lak

CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Saturday, 29 July 2017

OMG!! akak shock uollsss

salam uollsss....

I am so sorry sebab semalam (jumaat) akak x sempat update blog..sbb akak begitu sibuk dengan photoshoot majalah mempelam di tepi pantai dan kolam renang. gambar akak di keluarkan untuk edisi kemerdekaan tahun ni... jangan lupa dapatkan naskah berikut dan framekan bagi mendapatkan inspirasi bentuk tubuh yg mengiurkan yer...

tema fotoshoot "lembu laut dalam"

ok ok back to the story..
 
CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Thursday, 27 July 2017

i born to be princess, not to clean toilet..

hai uolls

cantek x ari ni..ari ni akak rasa cantek sangat..macam princesss..sbb ari ni akak bersiaran dari kota keriangan bersama mak ayam akak.. nanti maybe akak akan buat live dr sana sambil tunjuk cara2 pose cantek princess walrus tepi pantai yer..


ok back to our topic today..

akak nak cerita skit pasal bilik air...akak terpanggil nak tulis ni..sbb ada kawan dalam pesbook akak ni mengadu kawan serumah dia yg pengotor..apa yg orang tak tahu yg dia bermuka elok tapi pengotor yg amat...kiranya tajuk dia "the secret live of the smelly prince of cirit"...kalau di melayukan bermaksud kehidupan rahsia seorang putera yg berbau cirit...eh macam salah je..atau "ini busuk punya orang"... ah lantak lahhhh
 
CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Wednesday, 26 July 2017

perasan cantek...perasan hot..perahsantan

seamat pagi uollsss...

nak tanya ni..dah beli rak bilik air akak jual belum?... kalau lom pi beli saya kat FB akak..like n share banyak2 yer... tambah rezeki aku.. ingat tu...

ok.. pagi ni akak nak santai2 cerca je...cerca diri sendiri dan cerca yg lain..

akak perasan zaman sekarang ramai yg perasan cantek kan..termasuk akak sendiri..kalau nak cakap dalam FB atau insta tu jangan cakap le..the king n queen perasan cantik semua ada...sebenarnya akak jelous dengan kecantikan uollss tu.. akak rasa cam nak simbah air panas je kat korang...

tadi akak ada baca harian metro..seorang gadis di kecam sebab buat muka kiut dalam tv akhirnya di cerca rakyat Malaysia...

masa kat berita tu akak ade tengok..masa tu majlis Felda apa thah..ada pak najib dalam tu..tetiba camera focus pada budak pompuan ni buat muka kiut ..kenyit2 mata dan lambai2 manja...


 
CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Tuesday, 25 July 2017

X payah nak LIVE sangat lah...

first and formost akak nak mintak maap sesangat kalau post kali ni buat orang marah..pendapat kak senduk hanyalah pendapat peribadi dan tidak berkait dengan mana2 manusia sekeliling...

akak perati sejak2 ada button LIVE kat fb and insta ni..kemain lagi semua nak buat live yer..segala bagai live..live tengah makan..live tengah event dan banyak juga live makap tutorial...

adakah ia perlu?.. jika ia menguntungkan dua belah pihak..ok kot..tetapi kalau hanya LIVE nak tunjuk cara mekap..sila pastikan hasilnya kebabom ...betul x? kalau sekadar melepaskan cirit di tangga baik ko pi cebok je...

ari ni akak nak kupas tentang live makeup yg di buat oleh amatur dan bukan MUA yg mmg hebat..

bukak je FB ada Live..yg penting sebelum live ada notification seperti ini.." malam ni rasa nak buat live lah..tutorial makeup..ada yg nak tengok x?"

CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 

Monday, 24 July 2017

sabun viral.. dari kuali ke princess dengan pantas

hey uollss..kak senduk backkkkkkkk...

thank atas doa dan kata2 semangat uollsss tempohari..akak down sangat uoll..but now i'm back to my own feet..

so thank jugak sbb ada hamba allah yg telah bagi akak laptop untuk akak pakai....

so ari ni akak nak cerita pasal sabun viral!...sabu apa.. sabun bumibime tu le...tahap viral dia melampau tau..sabun2 je trus puteh katanya.. maka impian gadis2 dan teruna berkulit bontot kuali yg ingin menjadi puteri dan putera salju akan terlaksana uollss..

 
CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA

Monday, 17 July 2017

Siapa kak Senduk?

Siapa kak senduk?

Org kata jgn luahkan isi hati kat media social. Nanti org cerca.. Tapi kita menulis sekadar untuk catatkan apa yg terbuku di hati.
Ingat jadi org bernama kak senduk ni best ker. Nope..x best.. Tu jawapan saya. Sebab apa. Saya x punya apa2. Sekadar nama kak senduk yg pernah hiburkan dunia blog dulu. Cerita2 lama dalam blog hanya sekadar pengalaman yg di kongsi bersama untuk gelak tawa kawan2 dan pembaca.
Org sentiasa ingat yg kak senduk ni sentiasa happy go lucky..dan happy saja. Tapi kak senduk cuma nama pena. Nama dan karektor baru yg di cipta bagi melegakan apa yg sentiasa terbuku di minda. Apa yg rasa di hati.
Kak senduk x punya kereta besar. Kak senduk x kaya. Cuma bergantung nasib pada jualan online yg kadang di ketawakan oleh kawan2. Cuba sedaya upaya dan segala daya pikir dan mencuba untuk mengubah nasib.
Dulu saya kerja di sebuah syarikat. Nearly 7 years. Saya harap my life will be ok. Tapi tidak. Lepas berhenti saya cuba cari banyak kerja. Tapi mungkin my qualification , pengalaman dalam bidang tertentu x beri saya nasib yg baik. Maybe my character pun x meyakinkan org. Tapi i do my very best untuk cari kerja yg layak bg saya.
Lepas x berjaya. Saya cuba nasib berniaga online. Biasa lah meniaga one day u untung the next day belum tau lagi.
After a month saya berhenti kerja abah meninggal. Satu lagi beban saya kena tanggung. Dulu saya yg bantu family. Tapi bila kerja sendiri. Kadang2 apa yg nak masuk mulut pun terlepas. Tapi nasib saya masih baik saya duduk rumah mak saya dengan adik saya.
Persepsi org bila kerja sendiri ni lain. Jika kita maju org puji..kalau sekadar suam2 kuku2 org pun benci. Jgan kata kawan2 keluarga sendiri pun menyampah.
Tapi saya cuba lagi. Jual makanan, jual baju bundle. Jual apa yg boleh dijual untuk kelangsungan hidup. Tapi nasib saya masih disitu.
Sekarang genap 1 tahun 3 bulan saya mencuba nasib survive dengan kerja sendiri. X mudah. Jangan jadi macam saya.
Bila berblogging..banyak cerita2 kelakar..cerita cerca mencerca... Org suka..nak lagi nak lagi..
Pernah satu kali tu saya ada tulis pasal satu produk wanita ni. Bila makan kuar itu lah ini lah.. Agak lucah.. Bila saya tulis semua sokong.. Ramai juga stokis produk tu yg marah dan cerca saya..
Tapi one day owner peroduk tu add saya di facebook. Baik orgnya.. Saya hina produk dia..tapi dia balas kebaikan pada saya.. Dia pos barang pada saya. Dia bg produk dia pada saya.. Bg tips..
Bila saya kluar pulak..ramai yg kenal saya..tegur..katanya cerita2 saya kelakar. Bila cerita saya kurang caci maki..mereka kata kurang kick..
Bila saya pikirkan.. Org kenal saya kerana mulut dan tulisan saya yg buruk..caci maki.. Cercaan ..carutan.. Apa dah jadi pada saya. Saya x nak org kenal kak senduk sebagai mulut jahat. X nak..
Ini lah sebab nya saya berhenti berblogging. Saya mmg minat. Saya suka buat org ketawa..
Saya cuma ada hp lenovo yg org x nak pakai. Saya beli waktu hp note 1 yg saya beli rosak lepas guna 4 tahun. Bila kengkawan tayang hp yg bertaraf bintang..saya hanya jeling. Dalam hati berkata " xpe ok je hp murah pun murah lah. Janji ada kan". Nak betulkan laptop yg saya beli 9 tahun lepas x mampu. Apa lagi nak beli yg baru.
Legakan hati. Tapi jelous mmg ada. Saya usaha. Tanamkan niat utk lebih maju. Dalam diam saya mintak kerja di 7 eleven dan speed mart. Tapi x bg tau sesapa pun. Tapi keputusannya cuma krik2 saja.
Xpe lah usaha lagi.. Saya terus buat online busines. Saya buat dropship. Jual mop, jual penyedut blackhead jual macam2 lagi. Walau ada org kata saya ni manusia xde masa depan, saya cuba juga. Saya yakin kalau x hari ni mungkin akan datang saya akan senang. Tu tuhan saja yg tahu.
Kawan baik saya cakap jangan putus asa.. Yer betul.. Tapi nasib saya saya saja yg tahu. Nasib saya x sama macam yg lain.
Saya x suka bukak facebook sbnarnya. Sebab banyak cerita2 gembira dan cerita org kaya dalam tu. Bukan x terima hakikat. Tapi x nak sedihkan hati ni. Tapi saya buka juga.. Komen2 skit supaya org x kata saya sombong. Saya bukak juga sbb saya nak jual mop dalam facebook.
Ramai ingat kak senduk ni senang..ada banyak duit. Ada hidup yg hebat..ada kerja yg tip top.. Tidak.. Itu hanyalah khayalan. Saya org biasa . yg mampu untuk teruskan hidup walau kadangkata tertekan.
Saja juga ada tanggungbjawab yg saya harus laksanakan. Apa yg saya nak adalah kelapangan hidup. Senang makan senang pakai..bayar hutang skit.. Enough. X kaya sgt pun xper.
Saya cuba jadi seceria mungkin. Tapi gelora dalam dada ni sendiri yg tahu. Kadang saya bertanya sendiri. Kenapa nasib saya x sama macam kawan2 yg lain. Saya juga pernah cuba apa yg kawan2 saya buat. Tapi x menjadi.
Org cakap jangan pandang pada kejayaan org lain..pandang juga pada kesusahan yg org lain hadapi. Mmg senang kita cakap, tapi bila kita yg alami x kan nak pandang pada org yg lebih susah. Kita nak senang kena lah pandang pada kejayaan org lain.
Banyak peluang yg saya nampak di dalam facebook. Tapi semua peluang tu semua kena bayar. Yer lah zaman sekarang ko nak terkincit pun kena bayar kan. Saya tengok saya perati dan saya cuba buat. X semua benda kita boleh buat dengan mudah. Kena ada tunjuk ajar kan..
Entahlah.. Rasa macam putus asa.. Tapi belum lagi. Kadang tu rasa nak tinggalkan puchong ni. Pegi tempat lain mulakan hidup baru. Tapi mampukah aku. Ada duit ke aku nak berhijrah.
Xde kerja org benci xde duit pun org benci. Betul kan..
Tapi saya cuba tenangkan hati ni. Cuba lagi..dan cuba lagi..insyallah..kalau bukan hati ni saya senang..insyallah satu hari nanti.
Mungkin nasib saya adalah balasan atas segala caci maki..cercaan pada blog dulu. Org yg teraniaya doakan kita. Rezeki kita tertutup. Nasib malang.
Saya mohon maaf jika saya sakitkan hati mana2 pihak. Maaf setulus hati.
Doakan kesejahteraan saya. Doakan saya rezeki saya melimpah ruah. Amin.
Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...