sesiapa yg berminat untuk beriklan atau membeli produk di blog ini boleh whatsapp ke 60173806280.

Wednesday 23 April 2008

Hampa kerana CONGKAK

semalam akak n kawan2 akak , bee, kak nita, zizie n kak cam pi lah ngok filem congkak kat GSC IOI mall..show kul 9.10 malam..kami agak terlewat sebab kami sampai je filem dah nak start..tp ok lagi lah...zizie yang belanja..mm kira oklah tu ....so mmg teruja lah sebab filem ahmad idham ni mmg best..sebab filem dia jagan pandang belakang tu akak rase mmg seram lah kan....tetapi uoll..ape yang akak dapat dr cerita ini adalah sangat berbeza....akak bukan lah jenis yang suka kritik cerita melayu ni..akak cuba tengok dr jalan cerita dia....tp cerita ni buat akak teliti semua..sebab ianya...mmmm entah lah..sedih....

Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk bertemu dengan makcik di pangkin ala2 bustop dalam hutan..yang penting uolls suara makcik tu sedih je n yang paling penting makcik tu ade misai..sentap akak..ape ni terus jd cam lawak....cam sial...yang penting makcik kat kedai runcit pun same cam ade misai...lelaki bertudung berlakon ker....

Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama. (part ni kita masih ok)

Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati terapung di bilik. kira ok lah terapung tu..tp akak x dapat relatekan antara cerita tu n kenape bini dia ni terapung..cam x ade kaitan...

Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa. yang akak sentap tu....mmg ok lah cerita baru guna CGI kan..kira dah canggih lag kan..tp bila part ade kuase2 n bumi terbelah nampak bangang sangat..mmg ending dia..mmg cam siallllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll sangat..terus menyesal akak rase..semua kuar panggung semua cakap benda same..terus jadi x seram n rase cerita ni sape taraf ngan cerita NO Problem...gitew....akak rase cerita Nek nab dalam astro tu berganda2 seram dr cerita ni..sumpah....

Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK yang sungguh BONGOK!

itu pendapat akak..kalau korang rase akak tipu korang tengok lah sendiri....orang lain pandangan lain kan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...