sesiapa yg berminat untuk beriklan atau membeli produk di blog ini boleh whatsapp ke 60173806280.

Monday 2 February 2009

Hotmama menang undi

uolss perasan x kat blog akak ade letak poll sape yang bakal kurus dan menag kancil idol..setelah beberapa lama akak letak nampaknya harapan semua orang mengatakan yang hotmama bakal menang dan kurus..wah takot mak..ke ko undi sendiri hotmama oi..tak pun ko upah adik ko si nana tu yang undi untuk ko...ke laki ko yang undi kan..sebab dia nak tengok ko kurus...

mmm ke ade peminat yang gigih nak ko menang ni..mushkil akak...ade ke peminat..gitew....


tengok tu hotmama mmg menjadi harapan dengan 90 orang (60%) mengatakan hotmama akan menang uolss...tp akak ngok si hotmama ni masih lagi makan 7 periuk nasi sehari..leh ke kurus uolss ...pastu lepas makan harus membuta tak henggat...mmmm ke ko dah buat appointment ngan doktor nak potong usus hotmama oi...tu x risau tu...ape pun tahniah noks....

pastu bila dah kurus nanti leh lah pose dengan kasut guess yang ko banggakan tu kan uolsss...


wanita berbadan tong

+



memakai kasut jenama GUESS

=



MENJADI TONG GAS.....
TAHNIAH NOK....


jangan marah uolsss...ni pembakar semangat ni..buktikan yang ko bukan lagi tong ok...ko kena ingat yang kak cam sedang sedaya upaya mengurat laki ko tu..ko kena pasang badan uolss..ko nak ke orang cakap kak cam lebih cantek dr ko hotmama oi...so ape lagi pi lah potong usus..pendekkan sehingga tinggal 3 inci je...lepas tu kalau ko makan nasik 8 ribu gantang pun u tetap akan nampak macam paris hilton...or parit hilton uolss....larikkkkk

Sepupu akak excident semalam...

assalamualaikum .....akak nak kongsi berita sedih ..semalam sepupu akak terlibat dalam kemalangan di nilai..satu keluarga akak dah menuju ke hospital seremban untuk melawat...sama2 kita sedekahkan alfatihah pada anak sepupu akak yang meninggal dunia dalam kemalangan semalam...korang boleh tengok dalam metro dan utusan ari ni..x sure mane lagi ade berita ni...al-fatihah

NILAI 1 Feb. - Keriangan sebuah keluarga mengikuti perkelahan di Port Dickson hari ini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 286.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat sini hari ini.

Kemalangan pukul 3.45 petang itu berlaku berhampiran susur masuk ke Bukit Mahkota lebuh raya itu, membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dinaiki enam sekeluarga tersebut.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Firdaus Edi Azly, 9, tersepit dalam kenderaan itu yang remuk teruk selepas merempuh tiang lampu dan papan tanda susur keluar di kiri laluan berkenaan.

Lima lagi ahli keluarga iaitu bapanya, Edi Azly Abu, 42; ibunya, Fauziah Abu, 37, serta tiga lagi anak mereka iaitu Amirah, 10; Sabrina, 11 dan Haziq, 5, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah berkata, kereta yang dipandu Edi Azly dipercayai terbabas dan merempuh tiang lampu di kiri lebuh raya tersebut.

Ia kemudiannya terbalik sebelum melanggar papan tanda susur keluar Bukit Mahkota.

Berikutan rempuhan itu, katanya, kenderaan tersebut remuk teruk selain menghempap kesemua mangsa.

"Polis percaya keluarga ini dalam perjalanan pulang selepas berkelah di Port Dickson untuk balik ke rumah mereka di Semenyih, Selangor.

"Mangsa yang meninggal dunia cedera parah di bahagian kepala dan muka," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di HTJ lewat petang ini mendapati, kesemua lima mangsa dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Difahamkan, keluarga mangsa telah dihubungi oleh pihak polis sementara mayat Allahyarham Firdaus telah dibawa ke bilik mayat hospital itu untuk bedah siasat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...