Salam ramadhan ke 26 untuk semua
hari ni akak terpanggil nak komen isu Low Yat .. amok2 .. bantai2.. hina2
Bagi akak ini adalah isu kepenggunaan dan bukan isu racism .. akak bukan backup cina atau x sokong kaum melayu... ini juga bukan sebab akak yang berwajah chinese look ala2 Alice Woon tau.. bukan juga sebab akak bersuamikan Lee Hom yer.. lagi satu..ini pandangan akak..akak punya pasal lah...ade ku kesah...
sapa x kenal ... ni laki akak .. ko jangan banyak bunyi
bagi akak penipuan ada di mana sahaja.. isu ni timbul sebab sbb ada insident bantai membantai dan acara lepuk melepuk sesama kaum.. pada yang terlibat mungkin hanya mereka saja yang tau apa terjadi sebenarnya...
yang akak geram jemah duk perlis sana pun duk komen cam dia ada kat low yat tu... malaysia kan berbilang kaum..kita sepatutnya bersatu x gitew...bukan menghentam sesama sendiri.. ini tengah viral kan..lepas ni kita pasti tau perkara sebenar sbb siasatan pasti menunjukkan sapa salah sapa betul...
Oleh itu pihak polis dan KPDNKK sila lah buat siasatan..bila ada siasatan baru ada pemantawan.. betul x... pengguna guga mungkin tertekan dengan charge GST kannn ...orang meniaga semua nak untuk..tapi tengok lah dr segi apa keuntungan tu kita dapat kan...
dulu akak beli laptop pun kat kow yat gak.. elok je akak guna..akak siap servey kat situ paling murah.. dapat free gift satu troly lagi tau.. baik cina tu..elok pulak tu..tangan dia berurat2..muka comel..bibir merah..eh tetiba... then biase lah lepas 5 taun barang elektronik..ko guna selalu pasti lingkup kan..tu standart lah...
ha cam ni... eh tetiba berair lak..air apa ni kat suar akak...
kalau nak cakap isu hp or barang elektonik mereka menipu.. berapa banyak kedai melayu or india jual barang melambong tinggi berbanding dengan peniaga cina..
jgan kerana perkara seperti ni kita jadi ngok dan tolol.. mmg kita patut sokong bangsa kita tapi tangani lah dengan bijaksana... tak semua bangsa cina suka menipu.. akak ada kenal banyak kaum cina meniaga dengan bagus..build relationship yang baik dengan semua kaum.. beli barang murah dan kadang dapat lebih lagi..
ni akak dapat info terkini
ni akak dapat info terkini
Nah Bah!..berapa ramai juga masyarakat melayu yang KUAT PROPA jugak...
Sapa yang hauk sekarang...malu je tauuuu
Sapa yang hauk sekarang...malu je tauuuu
akak selalu dengar orang cakap ni " Cina kalau meniaga tak menipu tu bukan cina namanya"...
tapi ko pernah x pikir dalam FB segala bagai kak jemah jual "KRIM SAPU 5 MIN KURUS 10 INCI" atau serbuk or "PIL JADI PUTIH MACAM KERTAS A4 DENGAN SEKALI TELAN"... sapa yang jual..bukan melayu ke...so?
"dengan kuasa bulan dr Siti Nur Kuali menjadi Siti Nur Cahaya"
ada ke ko pakai trus kurus.. adakah ko telan serbuk tu dr kulit ko yenna karat bisa hauk trus mendadak jadi snow white?.. itu juga satu penipuan kan.. cuma cara yang berbeza... nanti ade lah lahanat yang cakap..tu tektik pemasaran kak... kepala bana ko pemasaran... tu penipu gak tu...
lagi satu skim bebagai yang sibuk post duit kepok2 bersusun.. then pose baring atau doggy atas kereta mewah bersusun.. dengan betinanya berdiri berbaris cekak pinggang sambil pegang cheq sebesar alam tunjuk amount duit ribu riban tu.. bila ko masuk ada ko dapat ?.. ujung2 bila masuk x pasal2 ko kena cari 50 orang bawah ko untuk ko pegang title bronze yang pulangannya hado.. x pun ujung2 setengah jalan skim ko masuk tu lingkup... itu juga penipuan... ko x amokkan lak kan...
oklah pokok pangkalnya PENIPUAN ada di mana2.. tlg jangan bangkitkan isu perkauman demi untuk kelapangan dada sendiri.. X kira melayu cina india atau lain semua ada yang PROPA.. jadi pikir2 kan lah yer...jangan pandai nak laungkan isu yang ko sendiri x tau ujung pangkal..
ok lah akak that all ... akak nak nak pi serang satu penipuan ni...ada pakcik mana entah yang bini dia rambut kembang tu...dalam FB tu yang duk sibuk canang dia beli kuih RM 4 inggit dapat 14 ketul murah.. dia beli kuih apa murah sangat.. kuih siput ke...
12 comments:
yang part last skali aku nk gelak.. hurmm
yg part last tu win bahahaha
Bagi aku la kak.. Insiden tu bagus jugak jadi sebab Lowyat memang tempat paling top dengan peniaga penipu.. selama ni mangsa tipu tak dapat pembelaan sebab besa la Malaysia sekarang kena jadi isu besar & viral baru pihak berkuasa nak ambil tindakkan pantas. Isu budak tu curi ke tak.. bagi aku kalau dia salah, dia tanggung tp aku ucap terima kasih jugak kat dia.. kalau dia tak buat onar mungkin isu penipuan kat lowyat masih berleluasa. yer.. memang bukan semua tapi kebanyakkan. So, nak kurangkan yang banyak tu kena pihak berkuasa membenteras & boikot jugak salah satu cara mengajar penipu. Pengurusan lowyat tu kena ambil sebagai pengajaran... rasanya takkan depa tak pernah tahu langsung pasal isu penipuan kat lowyat selama ni.. Mustahil tak pernah dapat report langsung tapi sebab takde tindakkan tegas dari mana2 pihak maka isu penipuan depa buat2 tak nampak sudah. Janji setiap masa Plaza depa penuh dengan manusia. Setelah sekian lama.. Akhirnya isu penipuan lowyat di pandangan serius. Lepas ni hope peniaga2 penipu cuak sikit la nak menipu lagi. Bagi aku bukan isu perkauman tp lebih kepada isu penindasan & penipuan. Apa bangsa pun kena ambil pengajaran pasal kes ni...
kita dah berpuluh2 tahun merdeka tapi org Melayu suka sangat mainkan sentimen perkauman kononnya nak satu padukan Melayu yg berpecah. Indirectly inilah punca kenapa bangsa Cina & India sentiasa berprasangka dgn kita. I pernah sembang dgn diorang, rupa2nya kalau Melayu kata diorang racist, sebenarnya pd masa yg sama diorang pun cakap government sector tu yg racist layan diorang since org kita banyak kat dalam tu.... dan ia ada benarnya. Berapa lama kita nak mcm ni? drpd kita saling ungkit isu perkauman yg sepatutnya dah habis sejak 50 tahun dulu patutnya kita perangi 6 juta pendatang asing kat Malaysia drpd local people itu baru betul kan?
bijaksana pendapat abang sendukk... i likeee...
betul tu. penipu ni x kira bangsa. saya beli kuih Melaka, ada tepung dgn kelapa je. gula Melaka ilek. penipu makcik yg jual tu. dah la bulan puasa sanggup tipu camtu.
Semua orang pun menipu. Baik yang jual. Baik yang beli.
:-(
Abang senduk ni jantan ke betina ke bapok?
Sanggup eh amik risk jadi rusuhan kerana loyat pentipu? As u mention loyat mmg top dgn pentipu, kenapa kita as pengguna "bijak" p beli kat loyat?
Sepatutnya kita awal2 boikot terus loyat tu. kalau xde demand, bungkus depa.. Tu lebih cerdik kot..
Ni tak pasal abg polis kena beku cuti.. Tak pasal nak keluar g bukit bintang dah cuak. Sok sok melarat smp kg medan la kg lindungan la situ sini la.. Camne plak kalau camtu?
Isu perkauman isu besar. Jgn anggap remeh
HAHA tp oklah lepas ni kes penipuan brg kt Low yat tu mungkin akan berkurang, disebabkan kes ni diaorg lebih hati2 klu nak klentong spesis2 noob yg selalu beli brg kt situ
P/s: Selamat Hari Raya buat Datin Paduka Senduk dan semua kaki speedo marhaen yg meriah dgn carutan dlm blog ni XD
aku rasa orang yang jual tu sedekah 2 bijik kuih kat dia..tu yg jadik 14.. huhu
Post a Comment