ahli geng kongsi senduk

Kak Senduk Fan Club Klik sini

bit.ly/1c5OxpX

Sunday, 31 July 2011

selamat berpuasa....


akak nak mengucapkan selamat berpuasa uollsss..semoga di bulan mulia ini segala amalan kita akan di dilai dan di rahmati allah. amin
dilarang cerca mencerca ok....

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

27 comments:

cantekk said...

selamat bpuasa Abg Senduk ;-)
rajin2 pegi terawih tau..

imah said...

Suka entry ni. :)

Selamat berpuasa kak senduk dan pembaca y lain.

Mari rebut pahala dan kurangkan dosa. Moga Allah redha pada kita.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini, kita tidak rugi lagi.

JoHn said...

Selamat Berpuasa kepada kak/abg senduk & kepada pembaca-pembaca meriahuoll

Eri-chan said...

selamat berpuasa..jangan terlentang jatuh macam tahun lepas tau...

solomolo said...

Salam Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa...

shandye. said...

selamat berpuasa kak...

sama-sama kita tingkatkan amalan di bulan mulia ini...

o_Ov

budakcantekangat said...

nice one=) slmt berpuasa to u too...

bighagenjo said...

:) selamat berposerr

Deqna said...

salam ramadhan juga ya :-), semoga ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan ~ Insyaallah

Nur Qalby said...

Salam ramadhan..selamat berpuasa ye senduk..

-sudu-

Meck said...

yeahh selamat berpuasa juge

HangKebon said...

Ada org email kat saya ur blog ni.....tq for the laughter...sgt terhibur with ur postings.....tgh berusaha nak khatamkan baca all posts ni (patotnya usaha khatam Quran kan bulan posa ni? :P) huhuhu selamat berposa,Bro Senduk...semoga mendapat kap ba ro kap alif ta nun dariNya...insyaallah,aamiin..:)

Anonymous said...

slamat berposa. Buat benda baik2 posa2 ni. jadikan iktibar kematian ahmad ashraf. jangan ko ubah ciptaan Allah.

Anonymous said...

entry sikit punya baek, ada gak yang vote hanjeng.. hampess

Kyra said...

HMMM ADA JUGA VOTE HANJENG!!!!!!!!!!
TAK PATOT

Anonymous said...

slmt berpuasa kak senduk.....

Anonymous said...

USTAZ SENDUK. TERIMA KASEH NOK!

CiriPie said...

Selamat Berpuasa Kak Senduk!! :)

Azlan Reeza said...

Selamat berpuasa Kak sendok.. Gitue...

cik dirah cantik said...

hanjeng tu maksud nye bagus la...
sedehhh tuh maksudnye akak senduk mmg sedehhh...ekekeke

akak, pose pose juge...tak semestinye kene copy paste jah...akak ulas la sikit setiap notes yg akak copy paste tuh...we want more!

ekekeke

Ct Arina said...

selamat berpuase kak senduk! posa eh, jangan yangyok! ;D

tasya idris said...

S A L A M * R A M A D H A N

ed shokolath said...

ape kata wat majlis berbuka puasa bersama kak senduk... mesti havouge!!!!!!!

Shazwan said...

selamat berpuasa...cuci-cuci mulut

SHAR RECHELL said...

salam ramadhan, KAK SENDUK! don't forget to click back my blog yea. ada a tribute for u... :)

Anonymous said...

NAk duit raya lebih Raya ni??
Jom Sertai saya,kita jana pendapatan berganda sempena raya ini.
hanya keluarkan modal rm20 seumur hidup,Anda pon boleh berjaya dan menjana pendapatan rm200-rm600 seminggu!!
dan bole like page : http://www.facebook.com/pages/My20-MyBusiness/233718583333942

Pm Utk details: http://www.facebook.com/syamsoul.maarif
atau daftar : http://www.rm20segera.com/?r=kolmesyam

kalo ade soalan atau berminat, jangan malu utk bertanya.

Mikah Lurima said...

wahhhh! Bagus3!!!

btw, kenapa gelaaaaaaaaaaaap semacam jek bhg isi kandungan cerita tu?? haha

nak berdakwah tak yah malu2 sangat kak sendok oiiyyy! selamat berpuasa okay. =D

Let's SHOPPING Uollss!