sesiapa yg berminat untuk beriklan atau membeli produk di blog ini boleh whatsapp ke 60173806280.

Wednesday 16 August 2017

simple makeup macam Tunku Tun Aminah

uollsss akak nak tanya ni...

Apa itu natural Beauty?... kalau nak tau natural beauty tu macam akak lah... semulajadi cantik..kannn

bukan apa , rentetan majlis perkahwinan diraja Tunku Tun Aminah yang di katakana mekap nipis dan lite je. tapi tetap wow.. menampakkan kecantikan dia .. tanpa eyeshadow pelangi, tanpa bulu mata che ta dan tanpa blusher yang merah ibarat di lempang...

ramai yg kata.. mekap macam ni lah simple.. next time kawen boleh mekap simple je cam ni...


nak di ingatkan disini Tunku sememangnya di anugerahkan wajah yg flowless dan cantik.. tengok sajalah bonda tunku yg sememangnya di ketahui amat jelita kan..maka kecantikan itu di wariskan ke anakandanya.. so bila tunku mekap lite2 pun tunku tetap cantik..

CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 


lagi satu tunku ni nak membezakan bahawa yg dia ni bukan sama macam kita semua.. dia princess.. princess dan rakyat biasa harus ada perbezaan.. biar nampak classy and beautiful.. hasil sentuhan jurusolek Saidatulnisa Aminudin.

bagi kita yg masyarakat marhaen ni..kalau muka ada 1000 sopak dan 999 lopak air haruslah di turap dulu bagi menampakkan kejelitaan ..tak gitu..

Kalau nak tau kak saidatul ni x silap kakak kepada penyanyi ella. Dulu kakak kak senduk kawen 15 ke 16 tahun lepas kak sai ni lah yg mekap kan dia. mmg hasilnya cantek.. sampai sekarang gambar solekan masih nampak cantek dan x lapuk. timeless.. this is we call talent..


ko x tau lak penjagaan kulit tunku macam mana...sudah semestinya yg terbaik kan...

jika uollss hanya berbekalkan sabun bumebime dan sabun beras serta mengharapkan kejelitaan yg persis puteri... maka silalah order 3 lori lagi bagi mendapatkan kejelitaan yg abadi...

setelah di pertonton kan wajah tunku yang cantik tu..maka ramailah anak2 dara yg menginginkan cara mekap yg serupa supaya mereka bakal mirip puteri dari negeri Johor. ramai lah yg nak mekap natural dan tampilkan kejelitaan semulajadi di hari bahagia..

dengan berharap bahawa jika mekap dengan nipis dan simple maka duit bayar jurumekap pun dapat di jimatkan...NO..anda silap.. menurut kawan2 akak yg menjadi juru mekap.. mekap simple itu lah yg paling susah. jika berwajah monyet, nak mekap bagi menyerlah kan inner monyet tu lagi susah dr ko nak mekap tebal sejengkal tau.


jika nak mekap Dog menjadi Doll tu mmg ramai yg mampu buat.. tapi untuk mekap simple tetapi meyerlahkan kejelitaan tu lebih susah tau.. jadi selalunya mekap simple tu lagi mahal dr mekap tebal yer..

jangan ingat bila nak mekap simple tu ko boleh cut budget yer no...

contoh yg akak selalu dengar bila mekap dinner.." I nak simple2 je tau.. murah lah sikit"... simple? sila bagi difinasi simple ko tu... adakah hanya bedak talcum dengan celak mekah sahaja?

simple tetap guna foundation, tetap ada eyeshadow dan lain2 lagi tau..kata simple tapi hasilnya tetap ko mengharapkan wow kan.. kalau x habis lah makian di fesbuk lah jawabnya...

its not about how simple it is..bukan berapa barang yg di gunakan .. tapi sebenarnya uollss bayar tu adalah skill juru2 mekap tu..ni tak.. sebelum mekap ko pi belek apa jenama mekap dia.. mahal ke murah.. terkini ke tidak...betul tak...

dengan alasan " I x boleh pakai mekap sembarangan, nanti muka I tumbuh jerawat"... ternyata muka ko SEDEHHHHHH... kulit ko murah ...kalau kulit mahal..ko tepek bedak yat lee pun dia xkan apa2...

orang x kan perasan pun mekap tu mahal ke tidak..yg orang akan puji adalah hasilnya... ko pernah ke dengar orang puji cam ni... " canteknya foundation mac, eyedow mac, bedak mac, lipstick nars kat muka ko ni"...NO... orang cuma puji cantik mekap ko..sapa mekap?.. is that right?

mmg ramai juru mekap sekarang pakai barang berjenama.. salah satu mmg barangan tu bagus.. so dengan talent mereka tu menambahkan lagi kecantikan hasil mekap tu.. its talent tau...lagi satu boleh lah cas ko mahal sikit...kang kalau pakai bedak miyami dengan eyeshadow sinma kang ko mintak RM30 sekali mekap lak...


ko rasa kalau ko lambakkan sealmari mekap MAC dan ko suruh abang bawak bajak mekap ko akan jadi cantek?...tidak.. so paham x apa yg akak cuba sampaikan ni...apa yg kita bayar tu sebenarnya bukan sekadar mekap sahaja tetapi adalah kepakaran mereka...

sebab tu lah harga mekap ni lain2, ada 100 dan ada yg sekali mekap 1400 tau.. semua tu sebab pengalaman dan kepakaran.. tu x kira lagi experience MUA tu pernah mekap anak raja or artis ternama... ada juga yg murah kerama mereka berada di kawasan pendalaman atau luar Bandar..

wajah kita ni lain2 bentuknya.. ada senget ada perfect ada besar dulang.. so jurumekap ni pandailah nak beger2 muka ko jadi cantik.. sbb tulah lain jurumekap bila mekap orang yang sama hasilnya lain2..nampak x apa yg akak sampaikan ni...

mekap ni juga ikut trend tau.. one period of time mekap dengan contour ala2 kim kedarshian popular, maka semua lah duk mekap macam tu.. bila MUA Indonesia mulakan mekap tebal dengan ala2 anak patong maka ko pun mula lah menganak patongkan semua wajah... so bila tunku tun aminah mekap simple maka semua lah nak simple...

jadi kesimpulannya di sini.. sebelum buat apa2 pikir lah dulu.. x semestinya mekap simple or x simple tu semuanya bagus untuk muka kita.. jika muka ko halus , raut ko cantik maka nak mekap pun senanglah... jika muka ko ala2 hidup segan mati tak mahu tu, haruslah di tompokkan mekap lebih skit bagi menampakkan wajah ko tu semenggah sikit...

paham kan...

kalau paham ok bye..


 

4 comments:

Miss Brenito said...

kan, maka berbondong bondonglah perempuan muka hauk minta mekap tipis dan simple tanpa menyedari muka mereka begitu bulan. kah kah kah

Cik Siti Hajar said...

setuju... tang cakap make up simple je...
dia tak tahu makeup natural simple tu kemain susah MUA nak buat..
lagi lagi muka kau macam............ sendiri isi lah kan kak senduk..

Suria Amanda said...

Enry ni win..siyesly

quantababayan said...

How to get to MOHEGAN OR MOBILE to MGM Grand Casino
The MGM 나주 출장샵 Grand Hotel and Casino 전주 출장샵 in Las Vegas has 여주 출장샵 been 인천광역 출장마사지 voted Best 전라북도 출장안마 Casino in US of MGM's non-gaming property.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...