sesiapa yg berminat untuk beriklan atau membeli produk di blog ini boleh whatsapp ke 60173806280.

Thursday, 3 August 2017

tahap mana berpewatakan menarik ko tu?

hey uollss akak nak tanya ni...

apa yg di maksudkan dengan 'BERPEWATAKAN MENARIK' ?.. post kali ni agak serius skit...


terpanggil pulak akak lepas akak membaca satu pos dalam OH BULAN.

kisahnya cam ni.. adalah satu produksi ni yg adakan satu ujibakat bagi mendapatkan pelakon untuk satu pementasan teater ke , filem ke, drama ke apa thah kan...menurut penulisan itu akak dapat mengatakan dia seorang lelaki...

CLICK MORE - UNTUK CERITA SELANJUTNYA
 


di amat kecewa selepas dia hanya di suruh isi borang dan balik.. jika dia mereka inginkan dia , mereka akan menghubungi lelaki tu..bila di tanya kenapa jawapannya " kami perlukan pelakon yang berpewatakan menarik"... lelaki tu confius ..kenapa dia x di beri peluang di uji bakat macam orang lain..lalu PM tu cakap " faham x..kami memerlukan pelakon yg mempunyai perwatakan menarik sahaja".. sambil pandang atas bawah...

cam ni lah akak nak cakap... benda ni bukan je dalam mencari pelakon ke, penyanyi ke..tapi nak cari kerja pun ada istilah berpewatakan menarik dalam syarat2 dia..

 tapi mungkin produksi tu memerlukan lelaki kacak untuk pegang watak putera raja ke apa ke kan.. tapi cara penceritaan nya tu x lah ada cakap cam tu.

so sekarang talent lebih penting atau rupa?...cuba jawab.. sampai sekarang masih ramai cakap fatah amin yg kacak tu masih lagi berlakon macam kayu... tapi kenapa dia di terima masyarakat?..adakah sebab dia berperwatakan menarik...

bagi akak senang je uollsss bagilah peluang..kalau wajah mmg x selari dengan talent.. terajang dia keluar..x gitu..."pegi kau sana kucing kurap"

tapi nak kata keterampilan ni x perlu di ambil kira x leh gak.. kekadang tu ada plak syarikat yg langsung x amik kisah tentang keterampilan ni...ko pernah x pegi pasaraya tetetiba ada amoi tu promote produk kat akak...


"kakak mari cuba ini krim lo..sangat bagus ma, saya tgok u punya muka ada banyak itu bintik hitam punya mey .. u pakai ini produk muka u confirm cantek ma".. kejap kau lo , kejap mey, x sudah ter itu ma, ini ma, betul ma, ini macam ma.. x sudah2..ter ma ma ma...mak kau!...

sekali ko tengok yg jual tu biser pembelah...ibarat peribahasa "ibarat monyet menjual cermin".. paham x?..monyet x cermin muka dia dulu.. ko kena lah cantek dulu baru ko leh promote kan...

astaga..macam monyet rupa I

akak selalu jumpe minah kat luar giant tu tarik2 orang..suruh beli krim sengkuang ke apa thah..sapu2 kat tangan orang..ada kan... akak tengok dia punya kerak sama level ngan akak je.. ko nak jual lak krim hilang kerak.. ko ni biar betul..

so bab cam ni dia nak cari perpewatakan menarik tu mmg betul lah kan...

kalau kita lak p kaunter pembayaran ke apa ke..mesti orang dia elok2 je..lagi2 kaunter customer service... orang dia cantek ensem, cakap pun lembut...sebab apa..kalau orang nak marah pun x jadi...cuba ko bayangkan kalau muka yg jaga tu cam periuk kera je.. mau kau yg x marah pun boleh naik hantu tengok muak dia.. " eh geram je aku tengok akak kaunter ni..rasa cam nak bantai je rasanya"

entah lah akak pun x tau.. akak konpius uoll... pening akak

mmg betul penampilan menarik tu mmg2 di titik beratkan..tapi kenalah dengan tempatnya...macam semalam akak p service kereta kat satu tempat ni..pusat service kereta kat glenmarie..

akak boleh kata semua customer service dia rupa menarik dan sado2..sedap je mata memandang diorang ni dengan uniform.. cakap elok je.. yer lah kan..ko p service kereta kan lama..itu rosak , complaint lagi..ko tengok diorang ni 3 jam pun rasa kejap je... maam tadi akak tunggu dr kul 11 sampai kul 4 petang sbb ada major problem kan.. akak asa kejap je.. cuba muka cam baldi buruk..ko tunggu 10 min pun rasa 10 tahun..

"akak x puas uollss....xpe awak..lama lagi pun xpe..saya sanggup tunggu sampai malam pun xpe.. tido sini pun boleh.."..oh gitu..walhal ko bohsia ni..

maksud akak di sini..keterampilan tu perlu kena dengan kerja apa yg kita buat...selari..ada banyak je orang keje x perlu cantik2 sebab kerja tu kadang perlukan kita bekerja dalam keadaan kotor bagai kan..or peluh... x kan ko yg bergaya sakan mekap doll bulu mata atas bawah bagai tapi ko keja kaunter potong ayam..ayam tak terpotong orang potong muka ko sbb panas hati...

please lah.. cuba buka minda..bukak mata.. luaskan pandangan..this is serious matter tau.. oh gitew.. bagi akak PERWATAKAN MENARIK tu adalah orang yg kemas, sesuai dengan persekitaran dia, bersih wangi bagai tu.. x perlu begitu menarik tetapi dia ada apa yg kita nak..kira menarik lah tu..subjective kan

sebab tu lah kita ni di ciptakan berpasangan.. yg buruk dengan yg cantik..yg kurus dengan kaya.. bagi melengkapi sesame kita.. asal ia menarik di mata kita sudah cukup kan.. x perlu kita bersungguh untuk memastikan kita di terima semua..sbb di luar sana yg menetapkan do and dont's tu belum tentu mereka sendiri sempurna dan menarik...

akak ni cuma bagi pendapat je..betul x betul tu korang je lah menilai..semua yg akak tulis dalam blog ni semua adalah pendapat personal dan kata perli2 kepada apa yg berlaku.. ini cara kak senduk menegur dengan cara melawak dan cerca manja. kita semua ada kelebihan dan kekurangan..di cipta pelbagai bentuk bagi mewarnai dunia.. setiap kekurangan yg kita ada pasti ada kelebihan yang menyokong kita bagi mengimbangi putaran hidup..ups and down tu adalah lumrah yg kita semua alami..

compliment each other and always be good to others... that's the way of life...and keep fabulous!

ada paham ka?

ok uollss that's all for today...awassss

p/s: JENGOK2 LAH FB AKAK ADA PROMOSI PRODUK2 AKAK JUAL TAU.. SAPA NAK PM AKAK TERUS JANGAN MALU2..HARGA ADIK BERADIK TU...

4 comments:

suria lekatlekit said...

Perawatakkan menarik tak semestinya ensem & cantik.. Kalau kau pandai dress up.. pandai jaga kulit, pandai jaga penampilan Insya Allah nampak menarik. Tu la kot maksud berpenampilan menarik hehehehe

Kau teguk benda ni NAK DETOX BADAN DENGAN CARA PALING SEDAP TRY LA MIN KAFFELANGSING CARA PALING SELESA DENGAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL
Sapa buat dia terasa: BANYAK SUMBER REZEKI HARAM YANG NAMPAK HALAL, ADAKAH SEDEKAH MEREKA DI TERIMA?

Irfa said...

Betul tu
Bersih kemas wangi pun dikira sedap mata memandang 😁

Ada jgk yg hnsem tp bau tengik mcm pakai baju x basuh, rasa nak je rendam dlm air sabun

wani ezryl * said...

betul tu. kalau org pergi interview kerja contohnya, selain majikan tgk resume, dia tak kenal ko lagi. so time tu mmg first impression je lah dia tengok dari segi imej, pakaian dll. tp bergantung kepada kerjalah. kalau nak kerja buruh binaan yg bina rumah, tak ada kot dia tgk ko nak pakai tie atau letak minyak rambut 2kilo. yg penting pengalaman kerja. kalau tak nanti senget/runtuh bangunan tu :D

Anonymous said...

Kurus dengan kaya eh?? Haha

Setuju. Berperwatakan menarik itu subjektif. Rupa ensem/cantik itu bonus. Yang paling penting, kemas, bersih dan wangi. Selain muka yang manis.

Air muka yang manis buat orang suka tengok lama-lama. Daripada muka cantik/ensem tapi asiklah masam mencuka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...